BTC USD 60,704.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Cari "Marshal" Berlagak Polis Trafik

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
21.11.2021 - Kuala Lumpur, Polis sedang mengesan pengiring (marshal) konvoi motosikal berkuasa tinggi yang memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong di sini, seperti yang tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, video yang tular itu menunjukkan aksi marshal memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan ahli konvoi melalui persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Katanya, rakaman video berdurasi satu minit 10 saat yang dimuat naik ke laman sosial Facebook oleh pemilik akaun Epul Adam Helmet Bajet yang menunjukkan aksi marshal mengawal dan memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong.

"Ketika kejadian lampu isyarat jelas berwarna merah dan tujuan tindakan marshal dipercayai bertujuan untuk memberi laluan kepada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang bergerak dalam konvoi bagi melepasi lampu isyarat," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya, konvoi motosikal berkuasa besar itu bergerak dari Lebuh Raya Seremban - Port Dickson (SPDH) menghala masuk melalui lampu isyarat Sua Betong menghala ke Bulatan Sunggala Telok Kemang.

"Polis sedang mengesan individu yang bertindak sebagai marshal berkenaan dan sesiapa yang memiliki maklumat berkaitan kejadian diminta beri kerjasama kepada pihak IPD PORT Dickson di Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik atau menghubungi talian terus di talian 06-6472222. Peserta konvoi kenderaan tidak boleh membuat sebarang tindakan memberhentikan, mengawal, melencong kenderaan di jalan awam tanpa sebarang kehadiran anggota atau pegawai polis kerana boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain," katanya.

Aidi Sham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Polis dan Sekyen 79(2)Akta Pengangkutan Jalan 1987. Tindakan marshal itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang menyifatkan perbuatan itu sebagai besar kepala dan menyusahkan orang lain.​

1637476177730.png
 
haaa polis pi kutip...ingt pakai vest tulis marshal dah ada power atas jalan..suka suki blok jalan... no plate clear .. baju geng riding tu pun clear..
senang jaa tuh.. pastu saman perabih yg kompom2 langgar lampu merah tuh...
 
"Marshall" Tidak Di Benar Kawal Lalu Lintas – PDRM

Pengiring atau ‘marshall’ tidak dibenarkan mengawal lalu lintas pada penganjuran sebarang program seperti pertandingan atau aktiviti berkonvoi.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kenyataan hari ini berkata jika khidmat pengiring diperlukan, ia mesti disertai anggota polis trafik.

“Orang awam dan pengguna jalan raya boleh mengingkari perintah marshall ini jika mereka melakukan tugas-tugas polis trafik seperti meminta anda memberi laluan, memberhentikan kenderaan di persimpangan jalan dan melencongkan kenderaan (dan sebagainya),” katanya.

Mana-mana individu atau kumpulan yang menjalankan tugas mengawal trafik tanpa anggota polis trafik boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 21 Akta Polis 1967 atau Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, menurut kenyataan itu.
 
Besar kepala geng2 konvoi ni... Suka mak bapak diorang je kan..

Tapi kalau escort kereta tu salah ke x sebab bukan polis juga? Selalu juga kat kl ni, naik kereta hitam ade lampu biru kat dalam.. Rasa bukan polis pun..dia selalu ada waktu puncak suruh kereta ketepi..
 
Besar kepala geng2 konvoi ni... Suka mak bapak diorang je kan..

Tapi kalau escort kereta tu salah ke x sebab bukan polis juga? Selalu juga kat kl ni, naik kereta hitam ade lampu biru kat dalam.. Rasa bukan polis pun..dia selalu ada waktu puncak suruh kereta ketepi..

tengok kat nombor plet ada logo MP tak .. biasanya kete MP pakai lampu strobe biru jugak ..
 
Besar kepala geng2 konvoi ni... Suka mak bapak diorang je kan..

Tapi kalau escort kereta tu salah ke x sebab bukan polis juga? Selalu juga kat kl ni, naik kereta hitam ade lampu biru kat dalam.. Rasa bukan polis pun..dia selalu ada waktu puncak suruh kereta ketepi..
kalu aku.. dua jenis jaa keta..yg aku bagi jalan... polis n ambulan... yg lain.. lantak ko laa... sama2 laa hadap jem
 
Back
Top
Log in Register