BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

10,000 Polis Trafik Jalani Saringan Paru-Paru Menerusi Program Lungshield - Dzulkefly

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
9ace8ff2b3cd615be14ba29eb416a5156a00469dcac89

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berucap pada Majlis Penutup National Tobacco Control Conference and Lung Health Summit 2026 hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sebanyak 10,000 anggota polis trafik akan menjalani saringan awal penyakit paru-paru menerusi Program LungShield, yang dikenal pasti sebagai antara kumpulan berisiko tinggi terhadap penyakit paru-paru berikutan pendedahan harian kepada faktor pekerjaan dan persekitaran.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata program hasil kerjasama antara IHH Healthcare, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu kemudiannya akan diperluas secara berperingkat ke jabatan lain dalam PDRM.

“Penyakit paru-paru masih merupakan antara punca utama morbiditi dan kematian di Malaysia. Ramai pesakit, khususnya pesakit kanser paru-paru didiagnosis pada peringkat lewat, iaitu apabila rawatan menjadi lebih sukar dan kadar kelangsungan hidup semakin rendah.

“Pada fasa awal, program ini akan dimulakan dengan saringan terhadap 10,000 anggota polis trafik yang merupakan antara kumpulan berisiko tinggi terhadap penyakit paru-paru disebabkan pendedahan pekerjaan dan persekitaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutup National Tobacco Control Conference and Lung Health Summit 2026 di sini, hari ini.

Melalui Program LungShield, saringan X-ray dada dibantu teknologi kecerdasan buatan, laporan pakar radiologi, laluan diagnostik susulan dan mekanisme perlindungan kewangan akan membantu memperkukuh laluan penjagaan kanser paru-paru, khususnya bagi mereka yang mungkin menghadapi halangan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Terdahulu, dalam ucapannya Dzulkefly berkata usaha memerangi penggunaan tembakau, ketagihan nikotin dan penyakit berkaitan paru-paru tidak boleh dilakukan oleh KKM semata-mata.

Beliau berkata langkah itu memerlukan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan termasuk profesional penjagaan kesihatan yang memainkan peranan dalam menasihati, merawat dan memberikan sokongan kepada pesakit.

“Kita memerlukan pegawai penguat kuasa untuk menegakkan undang-undang, pendidik untuk membimbing anak-anak, ibu bapa untuk melindungi persekitaran rumah, serta pemimpin komuniti, media dan masyarakat untuk menyampaikan mesej pencegahan kepada setiap komuniti.

 
Back
Top
Log in Register