BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis bendung cubaan 'Arab Spring' esok

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR - Polis telah mengambil langkah membendung cubaan untuk menggerakkan demonstrasi jalanan umpama 'Arab Spring' yang dirancang pihak tertentu bagi mengganggu kelancaran perjalanan pilihan raya umum ke-13 esok.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata antara lain polis merampas semua bendera kecil yang diletakkan di lokasi tertentu di ibu negara sebagai penunjuk untuk pihak yang berkenaan berhimpun.

"Polis percaya kewujudan bendera kecil berwarna-warni berbentuk segi tiga yang dicacak di beberapa kawasan di ibu negara mempunyai kaitan dengan usaha menggerakkan 'Arab Spring' di negara ini.

"Kita akan mengambil tindakan undang-undang terhadap usaha pihak untuk memulakan apa yang dipanggil 'Malaysia Spring' kononnya meniru apa yang berlaku di Timur Tengah," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.

Khalid berkata polis telah memulakan siasatan terhadap perkara ini dan meminta pihak-pihak tertentu agar menghentikan usaha untuk menjemput orang ramai menyertai gerakan yang dipanggil 'Malaysia Spring' itu.

"Ini satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab, tidak demokratik kerana kita akan melalui satu proses demokrasi di negara kita. Jadi belum lagi selesai kita menjalankan proses penting demokrasi, ada pula pihak yang cuba memulakan satu tindakan yang mengajak orang untuk memberontak," katanya.

Sementara itu, mengenai bahan-bahan letupan kecil yang diletakkan di beberapa tempat di Lembah Klang semalam, Khalid berkata perbuatan itu bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai daripada keluar mengundi esok.

Berikutan itu, PDRM mengarahkan setiap ketua polis negeri supaya menubuhkan pasukan peronda khas untuk mengesan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

"Kami sudah arahkan ketua polis negeri dan daerah untuk tubuhkan pasukan peronda khas, sama ada beruniform atau tidak beruniform untuk mengesan perbuatan ini.

"Daripada analisis kami, bahan-bahan letupan yang ditemui ialah daripada usaha pihak tertentu untuk menakutkan orang ramai kerana bahan-bahan yang kami jumpa pun ialah bahan buatan sendiri seperti mercun," katanya.

Semalam, polis menemui barangan yang dipercayai bahan letupan buatan sendiri di Jinjang, Puchong dan Petaling Jaya, bagaimanapun polis mengesahkan bahan letupan itu diperbuat daripada bahan untuk membuat mercun. - Bernama
 
polis suka buat khabar angin, org lain tak kepo pun nak buat khabar angin ni, dia plak melebih2
 
kecoh lebih polis ni...macam nak taku-takutkan orang ramai pegi mengundi aje.
 
propa shj nie...
menang atau kalah atau dalam bahasa mudah ubah atau kekal...
kita semua duduk rumah...layar internet / utube / forum / blog blog...hahaha...klu astro tengok kat butang merah..ada senarai keputusan dun dan parlimen...hahaha
 
Memang ada pihak yg nak mulakan kekecohan esok..

Korang yg 24jam depan internet nih apa tau??
 
takutnyeee nak keluar mengundi esok

silap2 boleh mati kena bom ooooooiiii
 
Wah...xnk bg org pegi mengundi ke abg polis?
Konfirm nnt dia jwb 'sy cume menjalankan perintah je cik' -jawapan standard abg polis.
 
takutnyeee nak keluar mengundi esok

silap2 boleh mati kena bom ooooooiiii

Kekecohan dijangka berlaku selepas keputusan pru diumukan bro..

X kesah la mana2 parti yg menang atau kalah, dikhuatiri ada pihak luar atau pihak ketiga yg ingin kucar kacirkan negara..

Segalanya mungkin bro.. lahad datu jadi contoh..
 
Back
Top
Log in Register