BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis: Bekas komunis dikesan resapi Pakatan

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
Risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.

"Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana.

"Kesannya, idea-idea berhubung politik baru yang berpotensi menjejaskan nilai teras negara telah berkembang. Gerakan ini sebenarnya mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) asing yang membantu dari segi kewangan, latihan dalam dan luar negara serta pendedahan kepada kepakaran tertentu untuk menghadapi pilihan raya," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk
"Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen hari ini.

Konvensyen sehari itu dianjurkan oleh Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru dan Majlis Belia Malaysia, di bangunan Parlimen.

Mohd Sofian berkata tindakan gerakan itu sebenarnya bertujuan untuk melahirkan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang sentiasa bersikap bermusuhan terhadap kerajaan sekaligus bermatlamat mewujudkan suasana kucar-kacir sehingga
melemahkan sesiapa sahaja yang memerintah negara.

NONE"Dalam hal ini, kita bimbang tindakan parti pembangkang dan NGO memainkan isu kontroversi yang membakar sentimen rakyat agar membenci kerajaan menjelang pilihan raya.

"Ataupun (ia) meningkatkan aktiviti demonstrasi dan juga insiden yang boleh mengalihkan tumpuan pihak polis... gerakan massa mengheret rakyat turun ke jalanan melakukan demonstrasi akan terus menjadi trend di negara kita," katanya.

Beliau berkata perhimpunan Bersih, Oren dan Hijau, yang dianjurkan pihak yang disokong pembangkang, baru-baru ini merupakan rancangan yang diatur khas sehingga pilihan raya umum akan datang.

"Tambahan pula budaya kempen sepanjang tahun yang diamalkan di negara ini menyebabkan fikiran rakyat terus terdedah dengan pelbagai maklumat yang mempunyai nilai politik,"katanya.

- Bernama
 
komen pembaca ...

itu jer lah modal polis.. buat siasatan yg tak tak menjurus kepada kesahitan kes... . Sedangkan kes kes Jenayah terangcang dan jenayah kolar putih serta jenayah jenayah lain beermaharaja lela di dalam Negara..

Betul ker JI meresapi di dalam parti PAS..? dan Betul ker masih ada lagi parti Komunis di selatan Thai itu sedangkan China dan Russia pun dah katup buku Komunis nie...

Kepada Pak Polis.. rentikan lah nak melembukan rakyat sedangkan rakyat tahu PDRM adalah Anjing sebenar kepada UMNO yg terkenal dengan jenayah2 kolar putih dan samseng di dalam Negara..
 
kalau x silap aku, SB kalau hal cmnie ,dia tak annouce, dia trus terminate jer anasir2 terrorist nie.
 
umno masih nk gunakan modal 'komunis' utk mengharamkan PR, mcm british buat zaman sebelum merdeka dulu? deorg mmg btol2 x de akal ke?
 
ada bukti kasi tangkap la.

cakap camtu nenek jiran aku punya kawan fesbuk pun boleh cakap.
 
hahahaha... komunis sendiri dah komfirm yg Parti komunis Malaya dah lama bubar... nie leh sebut parti tu wujud lagi... opsss, lupa yg buruk tu semua PR jer...
 
Apa lagi....tangkap laaaa....
 
nampaknya ckp musa hassan nie tak berapa benar upernya..
 
aku baru je balik dari negara komunis.. elok jer aku nengok malab lagi maju dan baik dari negara umno.. lebuhraya 5 tingkat, tak cukup atas bawah pun dia sapu bertingkat2.. subway n pejalan kaki semua duk bawah.. paling koman kreta dia tu made in japan.. chery buatan dia sebiji pun tak nmpak..
gaji kerani diorang tu rm3k sebulan.. kerani tuuu..
 
Back
Top
Log in Register