BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis bantuan tembak adik kekasih

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR - Akibat berang apabila cintanya tidak direstui keluarga teman wanitanya, seorang anggota polis bantuan melepaskan lima das tembakan yang mencederakan adik lelaki kekasihnya dalam satu kejadian di Taman Megah, Kajang, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian 8 pagi itu, anggota polis itu telah datang ke rumah kekasihnya berumur 26 tahun untuk berbincang hal pertunangan mereka tetapi dikatakan dihalang oleh adik lelaki wanita itu yang berumur 25 tahun daripada memasuki rumah keluarga itu.

Menurut kakak sulung mangsa, berikutan itu, berlaku pertengkaran antara suspek dengan mangsa sebelum dia memanjat pagar dan melepaskan lima das tembakan dengan satu daripadanya mengenai bahu kiri adik lelakinya itu.

Empat lagi tembakan tersasar dan satu daripadanya mengenai kereta Perodua Myvi yang berada di hadapan pagar rumah mangsa.

"Adik lelaki saya lari ke pintu belakang selepas ditembak, kami lapan orang yang berada dalam rumah berjaya halang anggota itu daripada mengejar adik saya sebelum dia (suspek) melarikan diri," kata kakak mangsa kepada pemberita di tempat kejadian.

Wanita itu berkata, selepas anggota polis itu melarikan diri, keluarganya segera memaklumkan polis sebelum dia diberkas polis di sekitar kawasan Kajang.

Sumber polis berkata mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan bagi mengeluarkan peluru. Keadaannya kini dilaporkan stabil.

Kakak mangsa berkata,keluarganya menghalang hubungan cinta itu kerana mendakwa tidak menyukai sikap dan tingkah laku lelaki itu sebelum adik perempuannya memutuskan hubungan cintanya Rabu lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kejadian itu dan memberi jaminan satu siasatan telus akan dijalankan ke atas kes itu.

"Kita akan siasat kes ini secara terperinci dan tiada siapa yang akan terlepas atau dilindungi. Kita akan pastikan tindakan sewajarnya diambil ke atas mana-mana anggota yang didapati terlibat dalam jenayah serta salah laku," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sijil pelantikan Editor Bersekutu Institute of Public Security of Malaysia (IPSOM), di sini, hari ini. - Bernama
 
tekanan btol ni..ha ppuan ingat tu buatla laki mcm ni mmg buruk padah die..nasib xmati
 
fuh sekali 5 dia tembak..
nasib takde yg terkorban.
 
blum kawen da cam2 pas kawen lgla..
 
Selepas ini polis bantuan hanya dibekal cota ja kot
 
polis bantuan pun ada pistol??? wow....
 
5 tembakan tapi 1 jer kena pada mangsa...

Nie mesti suspek da hilang sabar sangat..

Aku rasa suspek tak sempat masuk penjara, masuk hospital bahagia dulu sebab kadang2 putus cinta pun boleh jadi mental..

nampak da tanda2 tu..
 
Back
Top
Log in Register