BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis AS bebas tuduhan membunuh

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Penunjuk perasaan berkumpul di Ohio bagi memprotes keputusan mahkamah membebaskan anggota polis, Michael Brelo daripada tuduhan membunuh.​

CLEVELAND - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pegawai polis kulit putih di Ohio, Amerika Syarikat (AS) yang menembak mati dua suspek kulit hitam yang tidak bersenjata dalam satu insiden pada tahun 2012, didapati tidak bersalah.

Mahkamah di Cleveland kelmarin membebaskan Michael Brelo, daripada tuduhan membunuh dengan niat bersabit kematian mangsa, Timothy Russel dan Malissa Williams.

Hakim, John O'Donnell yang membebaskan anggota polis itu berkata, tiada kepastian bahawa Brelo bertanggungjawab melepaskan peluru yang membunuh mangsa.

Ketika kejadian, mangsa yang ditahan berkaitan kesalahan trafik, didakwa enggan bekerjasama, sebaliknya memecut kenderaan yang dipandu dan dikejar oleh polis sejauh 35 kilometer.

Menurut dpa, setelah dikepung, seramai 13 anggota polis, termasuk Brelo, melepaskan sejumlah 137 das tembakan ke arah kenderaan itu.

Menurut pihak pendakwa, Brelo, 31, berdiri di atas bonet kereta dan melepaskan 15 tembakan menembusi cermin hadapan.

Brelo kini digantung kerja tanpa gaji, sementara menunggu kajian semula keputusan oleh sebuah jawatankuasa khas.

Sementara itu, polis menahan tiga penunjuk perasaan yang membantah keputusan mahkamah.

Stesen penyiaran CNN pula mendakwa sekurang-kurangnya 15 orang dimasukkan ke dalam van oleh polis anti rusuhan.
 
Back
Top
Log in Register