BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pocong ganggu sekolah dah kena tangkap

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
Geli-sya-pocong-sekolah.jpeg

Penampakan didakwa pocong (dalam bulatan) di lorong hadapan kelas. - Istimewa

JAKARTA – Misteri penampakan pocong yang kerap berlaku di sebuah sekolah rendah di Sinjai, wilayah Sulawesi Selatan akhirnya terungkai apabila ia didapati dilakukan oleh sekumpulan remaja, lapor laman berita Detik hari ini.

Dalam video tular di media sosial, susuk berwarna putih menyerupai pocong itu dilihat berdiri tegak di lorong hadapan kelas.

Seorang lelaki memerhatikan pocong tersebut dari jauh pada waktu malam.

Susulan penularan video itu, ia mencetuskan rasa gelisah dalam kalangan pelajar sekolah berkenaan yang takut untuk melakukan aktiviti di sekolah.

Ketua Perhubungan Awam Polis Sinjai, Inspektor Pertama Agus Santoso berkata, keadaan itu mencetuskan tindak balas polis yang membuat pemeriksaan di sekolah tersebut.

“Siasatan mendedahkan bahawa video itu dihasilkan oleh sekumpulan remaja yang menyamar  sebagai pocong memakai kain kafan. Kami telah menahan dua remaja tersebut,” kata Agus.

Dua remaja berusia 21 dan 18 tahun itu mengakui menghasilkan video tersebut atas tujuan bergurau sebelum memuat naik di laman sosial. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register