ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
KUALA LUMPUR 7 April – Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 1 memberi satu teguran bersifat punitif kepada Perbadanan Nasional Bhd., (PNS) kerana membuat bayaran tanpa dokumen sokongan yang lengkap.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, pihak audit tidak dapat memastikan kewajaran pengesahan untuk lapan daripada 35 sampel baucar bayaran Geran Promosi Francais berjumlah RM1.42 juta oleh PNS yang tidak dilampirkan dengan invois dan perakuan oleh pegawai yang bertanggungjawab.
“Pembayaran dibuat hanya berdasarkan Surat Arahan Pembayaran dan Minit Ceraian daripada KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan).
“Di samping itu pengesahan sama ada butiran perbelanjaan dilaksanakan dengan sempurna mengikut skop kerja yang diluluskan juga tidak dapat dipastikan,” katanya dalam sesi bersama media hari ini, sempena pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 1 di Dewan Rakyat semalam. – BERNAMA