BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PNB Agih Pendapatan ASN 6.30 Sen Seunit

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
KUALA LUMPUR, 26 Dis -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan kadar pengagihan pendapatan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012, sebanyak 6.30 sen seunit.

Jumlah itu merupakan peningkatan 0.25 sen berbanding tahun lepas.

"Jumlah pulangan ini adalah jumlah yang terbaik dalam tempoh 10 tahun ini," kata Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid pada majlis pengumuman pengagihan pendapatan skim ASN di sini.

Jumlah pembayaran tersebut akan diterima oleh seramai 1.23 juta pemegang unit yang melanggan 1.46 bilion unit ASN.
 
Hebat! Tapi dari jumlah 6.3% tu tak ada yang nak dibawa ke depan ke?
 
itu perkara biasa, mesti ada baki di bawa ke hadapan utk menghadapi kemelesetan jika ada.
 
masih simpan lagik sikit2 unit lama..beli masa NAV 0.81 sen...

6.3%..syukur alhamdulillah..
 
wow..syukur alhamdullilah..amin amin
 
Alhamdulillah.. kuasa compounding div asn mmg luar biasa..
 
Back
Top
Log in Register