BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PMBOA beri kata dua

kalau naik betul, nampak sgt depa nak amik kesempatan sebab ramai yang nak balik raya nie...
 
KUALA LUMPUR - "Naikkan tambang 100 peratus seperti yang diminta atau tiada bas tambahan disediakan sempena Aidilfitri."

Demikian tegas Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas Se-Malaysia (PMBOA), Datuk Dr. Mohamad Ashfar Ali yang tetap mahukan kerajaan menaikkan kadar tambang bas bagi menampung kos operasi yang semakin meningkat.

"Kerajaan sudah janji sejak Oktober tahun lepas untuk menaikkan tambang bas pada bulan Jun tahun ini, tapi sampai sekarang tiada apa-apa keputusan dibuat.

"Bila pihak kami tanya, kerajaan beri alasan kajian ke atas tambang bas belum siap. Bila nak siap? Apa lagi yang nak dikaji?" katanya ketika dihubungi semalam.

Mohamad Ashfar menegaskan, keputusan menaikkan tambang bas bukan dibuat secara mengejut sebaliknya perancangan itu sudah lama diusulkan kepada kerajaan, malah beberapa cadangan turut dikemukakan supaya pengguna tidak rasa terbeban.

"Saya pernah beri cadangan supaya kerajaan bayar caj mengikut perbatuan kepada pengusaha bas setiap bulan, dengan itu tambang tidak akan dinaikkan. Tapi tiada tindakan diambil oleh kerajaan," katanya.

Kosmo! semalam melaporkan PMBOA tetap akan menaikkan kadar tambang bas walaupun kerajaan menurunkan harga diesel sebanyak lapan sen Sabtu lalu kerana penurunan itu tidak memberi sebarang kesan terhadap kos operasi pengusaha bas.
 
bodo, tarik balik semua lesen penguasa bas yg degil.
orang ramai cuma tak dpt balik satu kali je, nanti penguasa bas akan paham dgn kuasa kerajaan.
pondan la kerajaan jika tambang bas naik...
 
bodo, tarik balik semua lesen penguasa bas yg degil.
orang ramai cuma tak dpt balik satu kali je, nanti penguasa bas akan paham dgn kuasa kerajaan.
pondan la kerajaan jika tambang bas naik...

betul tu aku sokong...

:)paid :)paid :)paid :)paid
 
bodo, tarik balik semua lesen penguasa bas yg degil.
orang ramai cuma tak dpt balik satu kali je, nanti penguasa bas akan paham dgn kuasa kerajaan.
pondan la kerajaan jika tambang bas naik...

abih kalau dah tarik, aku nak naik apa balik kampung nanti..
waaaa :(( :(( raya kat kl ah aku sesorang..
 
tak payah naikkan tambang tu. kerajaan bagi je rebet lebey kat pengusaha bas or subsidi lebey. secara tak langsung dah tolong rakyat yang susah dan terpaksa naik bas...
 
yg buat ugutan tu, tarik balik semua lesen diorang..bagi kat org yg nak...
 
Back
Top
Log in Register