BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PMBOA beri kata dua

ronaldinhood

Super Active Member
Messages
9,352
Paid Membership
Joined
Apr 3, 2006
Messages
9,352
Reaction score
73
Points
70
Tambang Bas Naik Sebelum Raya

Kata dua pengusaha bas
Oleh Mary Victoria Dass
[email protected]

JOHOR BAHRU: Persatuan Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) mendesak kerajaan menaikkan tambang bagi bas ekspres dan bas henti-henti sebelum Aidilfitri ini atau tiada bas tambahan akan disediakan kepada penumpang yang ingin balik kampung pada perayaan kali ini.

Presiden PMBOA, Datuk Asfar Ali, berkata kenaikan tambang bas berkenaan perlu untuk menampung kewangan syarikat pengusaha bas yang kini semakin meruncing serta membantu menyediakan bas tambahan kepada penumpang yang ingin balik ke kampung pada perayaan itu nanti.

“Kami mahu kerajaan mempertimbangkan semula cadangan yang diberikan. Kami tidak mahu mengenakan surcaj kepada penumpang dan jalan penyelesaian adalah meluluskan permohonan kenaikan harga tambang bas seperti yang sudah dipersetujui kerajaan tahun lalu.

Sekiranya kerajaan gagal membantu kami, kami juga gagal menyediakan bas tambahan kepada orang ramai,” katanya pada sidang akhbar sebelum bermulanya mesyuarat PMBOA di Hotel Seri Malaysia, Larkin, di sini, semalam.


Hadir sama, Pengerusi Persatuan Bas Johor Bahru (JBOA), J Suchdav dan Pengarah Puspakom Johor, Md Zin Sulong.

Asfar berkata, penjualan tiket bas penumpang untuk Aidilfitri sepatutnya sudah dilakukan dua bulan lalu tetapi keputusan kerajaan tidak menaikkan harga tambang baru-baru ini membuatkan pengusaha bas takut rugi pada masa akan datang.

Beliau berkata, permohonan itu terpaksa dilakukan bagi menyelesaikan masalah kenaikan harga diesel dan kos operasi.

Kerajaan kena ugut. Inilah kesan positif kenaikan harga minyak:D
 
satu lagi PROJEK KERAJAAN SCAMMM BN
 
selamat aku, xder naik bas balik raye ni...org lain yg kesian susah nk balik raya nnt..
 
kerajaan kn perhatin.. mereka melihat dr semua aspek.. rakyat dan juga pengusaha business.. so aper lagi.. tunaikan janji anda.. naikkn tambang bus.. kasik rakyat menderita sikit.. rakyat malaysia kn baik.. dan redo jer ngan aper yg gov buat.. nk wat demonstasi nanti cakap bukan budaya timur.. ok. sebagai rakyat malaysia .. kita terima kenaikan tambang bus ini sebagai suatu rahmat.. SELAMAT AMAN MAKMUR.. Malaysiaku gemilang
 
Kata dua pengusaha bas
Oleh Mary Victoria Dass
[email protected]

JOHOR BAHRU: Persatuan Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) mendesak kerajaan menaikkan tambang bagi bas ekspres dan bas henti-henti sebelum Aidilfitri ini atau tiada bas tambahan akan disediakan kepada penumpang yang ingin balik kampung pada perayaan kali ini.

Presiden PMBOA, Datuk Asfar Ali, berkata kenaikan tambang bas berkenaan perlu untuk menampung kewangan syarikat pengusaha bas yang kini semakin meruncing serta membantu menyediakan bas tambahan kepada penumpang yang ingin balik ke kampung pada perayaan itu nanti.

“Kami mahu kerajaan mempertimbangkan semula cadangan yang diberikan. Kami tidak mahu mengenakan surcaj kepada penumpang dan jalan penyelesaian adalah meluluskan permohonan kenaikan harga tambang bas seperti yang sudah dipersetujui kerajaan tahun lalu.

Sekiranya kerajaan gagal membantu kami, kami juga gagal menyediakan bas tambahan kepada orang ramai,” katanya pada sidang akhbar sebelum bermulanya mesyuarat PMBOA di Hotel Seri Malaysia, Larkin, di sini, semalam.


Hadir sama, Pengerusi Persatuan Bas Johor Bahru (JBOA), J Suchdav dan Pengarah Puspakom Johor, Md Zin Sulong.

Asfar berkata, penjualan tiket bas penumpang untuk Aidilfitri sepatutnya sudah dilakukan dua bulan lalu tetapi keputusan kerajaan tidak menaikkan harga tambang baru-baru ini membuatkan pengusaha bas takut rugi pada masa akan datang.

Beliau berkata, permohonan itu terpaksa dilakukan bagi menyelesaikan masalah kenaikan harga diesel dan kos operasi.

Kerajaan kena ugut. Inilah kesan positif kenaikan harga minyak:D


sabaq sat. tahun depan go hybridz untuk bas dan lori ada dipasaran hangpa mai ler pasang kat bas2 dan lori hang pa
 
leh jadi broker tiket bas lepas nih
 
aku pon nk jadi ulat tiket balik raya laaa....charge RM5 satu tiket...
 
terima kasih yg teramat sangat wat paklah n da geng.
 
Back
Top
Log in Register