BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Wong utus takziah kepada China susuli pemergian mantan PM Zhu Rongji

Bob_SG

Fun Poster
Messages
719
Joined
Jun 14, 2025
Messages
719
Reaction score
2
Points
25

PM Wong utus takziah kepada China susuli pemergian mantan PM Zhu Rongji​

screenshot_2026-08-13_134104.jpg

Mantan PM China Zhu Rongji, pada 2000. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong pada Khamis (13 Ogos) menyampaikan utusan takziah kepada Perdana Menteri China, Li Qiang, menyusuli pemergian mantan Perdana Menteri China, Zhu Rongji.

Encik Zhu, yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri China dari tahun 1998 hingga 2003, meninggal dunia akibat sakit pada pagi Rabu pada usia 97 tahun.

IKLAN

PM Wong menyifatkan Encik Zhu sebagai "rakan lama Singapura" yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.

Dalam surat takziah kepada Perdana Menteri Li, PM Wong menulis bahawa Encik Zhu telah menunjukkan "pandangan jauh dan keazaman yang luar biasa" sepanjang kerjayanya dalam perkhidmatan awam, terutamanya dalam memacu reformasi ekonomi China serta memimpin kemasukan negara itu ke dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada tahun 2001.

"Perdana Menteri Zhu akan sentiasa dikenang atas sumbangan besar beliau terhadap pembangunan China serta hubungan antara Singapura dengan China," kata PM Wong.

Encik Zhu pernah bertemu dengan mantan perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong, dalam banyak kesempatan.

Pada tahun 1999, beliau menjadi pemimpin China pertama yang menyampaikan Ceramah Singapura (Singapore Lecture), iaitu pentas awam berprofil tinggi anjuran Institut ISEAS - Yusof Ishak untuk para pemimpin dan pakar dunia berkongsi pandangan mengenai perkembangan serantau dan global.

IKLAN

PM Wong berkata ucapan Encik Zhu ketika itu mencerminkan visi strategik beliau bahawa pembangunan dan pertumbuhan ekonomi China akan memberi manfaat kepada Asia dan seluruh dunia. Encik Zhu juga mencadangkan kawasan perdagangan bebas antara ASEAN dengan China bagi memperdalamkan lagi hubungan ekonomi, kata PM Wong.

"Hari ini, visi beliau terbukti, di mana China kini merupakan rakan ekonomi penting bagi Singapura dan negara-negara di rantau ini."

Encik Zhu juga merupakan penyokong awal Taman Perindustrian Suzhou China-Singapura, iaitu projek pertama antara pemerintah dengan pemerintah bagi kedua-dua negara. Semasa berkhidmat sebagai Datuk Bandar Shanghai sebelum itu, Encik Zhu turut menggalakkan pertukaran dan pembelajaran bersama antara pegawai-pegawai dari Singapura dan Shanghai.

"Usaha-usaha ini meletakkan asas yang kukuh bagi hubungan rapat dan pertukaran meluas yang dinikmati oleh kedua-dua negara kita hari ini," kata PM Wong.

Mantan Perdana Menteri China itu diiktiraf atas peranannya memacu kebangkitan ekonomi China menerusi reformasi pasaran, termasuk penswastaan syarikat-syarikat milik pemerintah yang tidak menguntungkan serta perumahan bandar, di samping menggalakkan pemilikan rumah.

IKLAN

Dari segi ekonomi global, beliau membuka jalan bagi penyertaan China ke dalam Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) menerusi rundingan yang sengit, walaupun ramai pegawai China pada ketika itu bimbang beliau telah membuat terlalu banyak kompromi sehingga boleh menjejaskan ekonomi negara.

Satu belasungkawa yang dikeluarkan secara bersama oleh badan-badan politik tertinggi China memuji Encik Zhu sebagai "seorang ahli Parti Komunis China yang luar biasa".

"Kehidupan mendiang Zhu Rongji adalah sebuah kehidupan revolusi, perjuangan, yang membanggakan," kata kenyataan itu.

"Ia adalah kehidupan yang didedikasikan sepenuhnya untuk berkhidmat kepada rakyat dan memperjuangkan cita-cita komunis. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat parti dan negara."

 
Back
Top
Log in Register