siamanggagapp
Super Active Member

- Messages
- 5,995
- Joined
- Jul 20, 2013
- Messages
- 5,995
- Reaction score
- 1,707
- Points
- 151
mesti ada minah rambut tebai tuh jgk nk menyelit. huhu.
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.


sama dengan kereta resmi kerajaan...sewa aje)
Sewa kenderaan rasmi Kerajaan Persekutuan RM8 juta sebulan
October 21, 2013
SEREMBAN: Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong mendakwa Kerajaan Persekutuan membazirkan duit rakyat begitu sahaja apabila menyewa kenderaan rasmi dari sebuah konsesi sewa kereta dengan nilai sebanyak RM8 juta sebulan.
Menurut jawapan bertulis yang beliau terima daripada Menteri Kewangan di Parlimen pada awal Oktober 2013, Kerajaan Persekutuan telah menandatangani perjanjian konsesi dengan Syarikat SPANCO Sdn Bhd untuk membekalkan kereta saloon sebagai kenderaan rasmi dan kenderaan jabatan kerajaan persekutuan secara sewaan.
Katanya lagi, justeru itu, Kerajaan Persekutuan menanggung kos sewaan, selenggaraan dan pembaikan secara bulanan untuk kenderaan rasmi tersebut.
“Pada masa ini, di peringkat Kerajaan Persekutuan, kereta rasmi yang diperuntukan kepada anggota pentadbiran, Hakim dan Pegawai Perkhidmatan Awam Gred Utama Khas A ke atas dan setaraf adalah Proton Perdana Executive.
“Proton Perdana Executive yang disewa pada tahun 2008, 2009 dan 2010 masing-masing sebanyak 121 buah kereta, 105 buah kereta dan 35 buah kereta. Secara purata kos sewaan sebuah Proton Perdana Executive termasuk kos selenggaraan dan pembaikan adalah sebanyak RM4,332.94 sebulan.
“Mulai tahun 2011, kenderaan rasmi bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Gred Utama/Khas B dan C serta setaraf, diperuntukkan Proton Inspira.
“Proton Inspira baru yang disewa pada tahun 2011, 2012 dam 2013 masing-masing sebanyak 1, 124 buah kereta, 379 buah kereta dan 644 buah kereta. Secara purata, kos sewaan Proton Inspira termasuk kos selenggaraan dan pembaikan adalah sebanyak RM3,238.20 sebulan.
“Jumlah Perdana Executive yang disewa sejak 2008 hingga 2010 adalah sebanyak 261 buah kereta. Selain itu, jumlah Proton Inspira yang disewa sejak 2011 hingga 2013 adalah sebanyak 2, 147 buah kereta.
“Secara keseluruhan, jumlah kereta saloon yang disewa untuk kenderaan rasmi adalah sebanyak 2, 408 buah kereta. Maksudnya, setiap bulan Kerajaan Persekutuan perlu membayar sebanyak RM8, 083, 312.74,” kata Teo.
jom kita buat bisnes sewa kereta![]()

aku tanya pokcik gugel...ini aje yg dia jumpa...)
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
amacam...ada rasa bangga x)
)
bandingkan muka najib dan erdogan, mana satu muka org takut bini?