BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Tekad Selesaikan Isu Perumahan Generasi Kedua FELDA

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,134
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,134
Reaction score
346
Points
141

PM Tekad Selesaikan Isu Perumahan Generasi Kedua FELDA​

d555651330db953f73f22d5f902650ab6a4a26d8e832b

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan) yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berucap pada Program Jelajah Harapan Felda sempena kempen Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16 di Dataran Kompleks Felda Palong Timur 2.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan untuk menyelesaikan isu penyediaan tapak perumahan bagi generasi kedua Felda, yang telah berlarutan sejak sekian lama.

Beliau berkata pelaksanaannya bagaimanapun memerlukan kerjasama kerajaan negeri, memandangkan urusan tanah serta penyediaan prasarana asas berada di bawah bidang kuasa negeri.

“Keputusan dasar kita adalah untuk cari penyelesaian supaya ada pembelaan, jaminan tapak tanah bagi generasi kedua Felda. Itu dasar.

“Saya telah beritahu saya mahu masalah-masalah yang dibangkitkan berpuluh tahun generasi kedua ini, diselesaikan sementara saya jadi Perdana Menteri dan menteri yang bertanggungjawab dalam soal Felda,” katanya ketika berucap pada program bertemu masyarakat di Dataran Putra Felda Palong Timur di Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap, di sini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor yang juga Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta Timbalan Menteri Perpaduan Negara merangkap Ahli Parlimen Segamat R. Yuneswaran.



Berita lanjut menyusul.

 
Back
Top
Log in Register