BTC USD 81,888.3 Gold USD 4,145.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM menghadap Agong

wanzue

Active+ Member
Messages
2,584
Joined
Feb 21, 2009
Messages
2,584
Reaction score
118
Points
33
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, Khamis ini, untuk memaklumkan proses penyerahan kuasa kepada Datuk Seri Najib Razak.

Dalam ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno semalam, beliau berkata, selepas pertemuan itu beliau akan memaklumkan tarikh peralihan kuasa kepada penggantinya.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan pelbagai spekulasi yang berlegar sejak Perhimpunan Agung Umno berlangsung dari 24 Mac lalu hingga semalam.

“Saya akan menghadap Yang di-Pertuan Agong 2 April ini untuk memaklumkan proses peralihan kuasa ini. Selepas itu saya akan maklumkan tarikhnya,” katanya.

Dalam ucapan itu, Abdullah turut membuat pengakuan beliau tidak pernah marah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap apa yang dilakukannya.

Malah, Abdullah berkata, beliau memaafkan apa juga perkara tidak baik yang dilakukan Timbalan Presiden Umno itu.

“Muhyiddin, saya ingin menyatakan di depan semua, saya tidak pernah marah kepada anda. Kerana itu, saya tidak marah apa dia cakap,” katanya.

Menurutnya, beliau mahu bersara dengan senang hati dan tidak membawa perkara tidak baik bersama.

“Saya mahu bersara dengan senang hati, tiada perasaan tidak baik dibawa bersama.

“Saya juga mahu meminta maaf kepada mereka yang kecil hati dengan tingkah laku saya dan saya juga memaafkan mereka yang tidak senang dengan saya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan ahli supaya tidak sesekali mengkhianati parti dan berhenti memfitnah pemimpin.

Katanya, ahli bukan saja perlu memberi sokongan kepada pemimpin, tetapi pemimpin juga perlu menyokong setiap kerja dilakukan ahli bagi mengukuhkan parti.

“Ahli perlu menjadi penyokong kuat, menjadi kawan pada masa susah dan jadikan parti ini seperti sebuah keluarga,” katanya sambil menyatakan, rakyat sentiasa melihat apa yang dilakukan mereka, sekali gus menjadi penentu kepada kekuatan parti.

Sementara itu, pada sidang medianya, Abdullah berkata, beliau tidak menghadapi masalah untuk bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi pandangan dan nasihat kepada barisan kepemimpinan baru Umno diketuai Najib.

“Hubungan saya dengan Tun tidak pernah terjejas. Siapa yang kenal (cara) Tun,” katanya ketika ditanya sama ada beliau berkecil hati dengan Dr Mahathir yang kerap mengkritik dasar pentadbirannya.

Sebelum itu, Presiden baru Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan penggulungannya mencadangkan kedua-dua negarawan itu bekerjasama sebagai penasihat parti dan kerajaan.

“Tak pe lah, mula-mula kekok lah sikit,” katanya mengusik Abdullah dan Dr Mahathir sambil disambut gelak ketawa oleh perwakilan.
 
Pak Lah nnt jadi apa??
 
Paklah nanti dpt gelaran Tun jugak la...:D
 
paklah jd Tun Pak Lah..
 
moga-moga tarikh tu renjak kasi lama skit ......5@6 bln lagi
mesti panas bontot si fulan bin si fulan :)


:">

panas takpe,aku takut die jd gile jer... banyak sgt nk pikir,nk rancang plan2 mengumpul harta utk keturunan die.
 
tgk TheSun ari ni hehe Tun pegang tangan paklah hujung2 je masa angkat tangan muehehe
 
Back
Top
Log in Register