BTC USD 77,677.1 Gold USD 4,393.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Malaysia bukan Melayu

KONGRES KEBANGSAAN MELAYU.

Kongres yang dianjurkan oleh orang Melayu bagi menentang cadangan Perlembagaan Merdeka yang dikemukakan oleh Perikatan dan Suruhanjaya Reid. Kongres ini diadakan pada 4 Mei 1957. Suruhanjaya Reid yang dibentuk oleh British untuk merangka Perlembagaan Merdeka Tanah Melayu pada tahun 1956 menggunakan cadangan perlembagaan Perikatan. Perikatan dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO ), Malayan Chinese Association ( MCA ) dan Malayan Indian Congress ( MIC ).

Perkara penting dalam Suruhanjaya Reid yang ditentang oleh para pemimpin Parti Negara, Parti Islam Se-Tanah Melayu ( PAS ) dan Parti Rakyat ialah kewarganegaraan jus soli bagi semua bangsa, syarat tempoh tinggal yang pendek dan syarat kemahiran berbahasa Melayu yang longgar. Bagi mereka, UMNO menyeleweng daripada dasar melindungi kuasa politik orang Melayu kerana bersetuju dengan kerakyatan jus soli. Pada tahun 1951, UMNO berjanji mengenakan syarat-syarat yang tertentu, tetapi pada tahun 1957, UMNO tidak meletakkan sebarang syarat untuk mengawalnya. Sikap UMNO mengakibatkan kuasa dan kedudukan politik orang Melayu menjadi lemah. Pertambahan bukan Melayu secara tidak langsung akan menyebabkan kuasa mengundi turut bertambah dan akan melemahkan lagi kedudukan dan kuasa politik orang Melayu. Kesedaran ini menyebabkan beberapa pemimpin UMNO cawangan Setapak dan Kuala Lumpur keluar daripada UMNO dan menganjurkan kongres ini. Sikap Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Presiden UMNO, yang memberi jus soli terbuka kepada orang bukan Melayu untuk mendapatkan kerjasama bagi mencapai kemerdekaan Tanah Melayu melalui Perikatan dianggap menyeleweng daripada tugas UMNO yang sebenarnya.

FB_IMG_1666916893541.jpg
 
Last edited:
orang putih setuju ada negara The Malay Peninsula Semenanjung Tanah Melayu
pendatang jus soli pula kata orang melayu adalah pendatang di negara Semenanjung Tanah Melayu
lepas itu pendatang mabuk kata bukan melayu tak boleh jadi perdana menteri
 
Back
Top
Log in Register