BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Tunai Solat Sunat Aidiladha Bersama Lebih 10,000 Jemaah Di Masjid Putra

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

PM Anwar Tunai Solat Sunat Aidiladha Bersama Lebih 10,000 Jemaah Di Masjid Putra​

6b13c358074f2cd48c99910114924be26a1646ac2d2ab


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, di sini.

Beliau yang tiba bersama dengan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 7.56 pagi, disambut oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee sebelum memasuki dewan utama masjid.

Anwar kemudian bertakbir raya bersama-sama lebih 10,000 jemaah sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra Dr Muhammad Zakuwa Rodzali.

Beliau turut mendengar khutbah bertajuk "Pengorbanan Menuntut Keikhlasan" yang disampaikan oleh Muhammad Zakuwa.

Selepas selesai solat sunat Aidiladha, beliau turut beramah mesra dengan jemaah.

 
Back
Top
Log in Register