Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia agar mempertahankan semangat perpaduan dan menolak politik berasaskan kaum yang hanya akan memecahbelahkan masyarakat majmuk di negara ini.
Perdana Menteri berkata kemajuan dan kejayaan Malaysia dalam bidang ekonomi, sosial serta budaya tidak akan tercapai tanpa keamanan, kestabilan dan keseimbangan antara kaum serta agama.
"Segala kemajuan dan kejayaan relatif yang kita kecapi dalam aspek ekonomi, sosial, budaya tidak akan dapat dicapai tanpa keseimbangan, tanpa keamanan dan kestabilan.
“Ini unik di Malaysia kerana tidak banyak negara yang mempunyai berbilang kaum dan agama untuk mengekalkan semangat itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2025 bertemakan “Cahaya MADANI, Sinar Perpaduan” di pekarangan KL Sentral, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Digital Gobind Singh Deo, bersama barisan Jemaah Menteri yang lain.
PM Anwar Seru Rakyat Pertahan Semangat Perpaduan, Tolak Politik Kaum
Anwar Ibrahim, Deepavali, perpaduan, bantuan, Ind