combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) merangkap Menteri Kewangan melawat reruai Reformasi Pendidikan Program Anak Kita Semarak Potensi Malaysia, anjuran Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan di Bangunan Parlimen. Turut hadir Ketua Pengarah Unit Pantau MADANI, Kementerian Kewangan, Mohd Khalid Mohamed Latiff (dua, kanan).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat Pameran Galeri Program Anak Kita (PAK) di Bangunan Parlimen, sejurus selepas sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) Dewan Rakyat.
Lawatan Perdana Menteri itu bagi mengiktiraf usaha berterusan kerajaan dalam menangani isu keciciran murid serta memperkukuh sistem pendidikan negara melalui pendekatan berasaskan data, empati dan kerjasama antara pelbagai pihak.
Pameran galeri itu, yang diadakan selama dua hari mulai hari ini (11-12 Nov) dari 10 pagi hingga 4 petang itu, menjadi kemuncak fasa pertama pelaksanaan PAK. Ia bertujuan memaklumkan kemajuan dan impak program kepada pengunjung Parlimen, khususnya barisan kepimpinan negara dan Ahli Parlimen.
Selain memaparkan laporan pelaksanaan, data capaian serta kisah kejayaan murid dari seluruh negara, pameran itu juga menyediakan ruang maklum balas bersama pengunjung, membuktikan bahawa pendekatan “Seluruh Negara” bukan sekadar konsep, tetapi pelaksanaan menyeluruh yang telah membawa perubahan ketara kepada puluhan ribu murid dan sekolah di seluruh negara.
Ketua Pengarah Unit Pantau MADANI, Pejabat Perdana Menteri Mohd Khalid Mohamed Latiff berkata pameran tersebut bukan sekadar paparan hasil kerja, tetapi platform dasar untuk membina momentum ke arah Program Anak Kita 2026, fasa kesinambungan yang akan menumpukan kepada inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, pengukuhan sokongan komuniti sekolah serta pemantapan intervensi berasaskan data.
Beliau berkata PAK memberi tumpuan kepada tiga komponen utama iaitu meningkatkan penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) dalam kalangan murid sekolah rendah; membantu murid berisiko gagal peperiksaan SPM untuk lulus dan layak memperoleh sijil; serta menyokong murid cicir dan murid berisiko cicir untuk kembali ke sistem pendidikan formal dan kekal bersekolah.
“Kita nak atasi masalah keciciran murid supaya dapat membawa balik pelajar-pelajar ini ke sekolah, kerana pendidikan mesti boleh dicapai oleh semua anak bangsa kita…setiap kanak-kanak mesti ada akses kepada pendidikan. Jadi kita nak memberi satu harapan baharu kepada pelajar-pelajar ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Sehubungan itu, Mohd Khalid berkata kehadiran Perdana Menteri ke pameran tersebut mencerminkan komitmen tinggi kerajaan terhadap pelaksanaan PAK - antara agenda utama pascapandemik COVID-19, bagi memastikan setiap anak di Malaysia mendapat akses kepada pendidikan berkualiti.
“Lawatan Perdana Menteri ke galeri itu memberi satu nafas dan semangat baharu kepada semua yang terlibat dalam pelaksanaan PAK. Perdana Menteri juga telah memperuntukkan RM100 juta dalam Belanjawan 2024, untuk memastikan kita mempunyai pendekatan menyeluruh atau Whole-of-Nation Approach dalam menangani isu keciciran murid,” katanya.
PM Anwar Lawat Pameran Galeri Program Anak Kita Di Parlimen
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, Program Anak Kita,