combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (duduk tengah) hadir ke Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (National Scam Response Centre NSRC) di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di Menara 2 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini.
Pelancaran itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan dalam memperkukuh tindakan bersepadu membanteras jenayah penipuan dalam talian yang kian berleluasa, selain memastikan respons lebih pantas terhadap aduan mangsa.
NSRC yang berada di bawah seliaan Kementerian Dalam Negeri sebelum ini beroperasi di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia.
Sejak ditubuhkan pada 12 Okt 2022, NSRC boleh dihubungi melalui talian 997 dan beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam. Bagaimanapun, selepas dipindahkan ke Menara 2 MCMC pada 17 Nov lepas, pusat berkenaan beroperasi 24 jam sehari.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil.
Terdahulu, Anwar tiba pada 2 petang dan terus menuju ke aras 17 Menara 2 MCMC untuk meninjau operasi pusat berkenaan.
Beliau kemudian menyampaikan amanat ringkas kepada petugas NSRC sebelum menurunkan tandatangan pada plak sebagai simbolik perasmian.
Langkah memperkasa NSRC selaras dengan pendekatan kerajaan untuk meningkatkan tahap keselamatan digital negara dan melindungi kesejahteraan rakyat daripada ancaman jenayah siber yang semakin kompleks.
PM Anwar Lancar NSRC, Perkukuh Tindakan Banteras Jenayah Penipuan Dalam Talian
Anwar Ibrahim, NSRC, penipuan, tindakan, pantas