BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MCS Dan Polis Brickfields Perkukuh Kerjasama Banteras Aktiviti Jenayah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,177
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,177
Reaction score
346
Points
141

MCS Dan Polis Brickfields Perkukuh Kerjasama Banteras Aktiviti Jenayah​

b4f6ad2ae5642b46c3335f57e6282d3c6a195616e27c1

Datuk Seri Michael Chong

Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Datuk Seri Michael Chong menggesa penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap sindiket pinjaman wang haram (along) dengan menyasarkan bukan sahaja runner (orang upahan) tetapi juga dalang di sebalik operasi tersebut.

Beliau berkata penguatkuasaan yang lebih ketat diperlukan untuk menangani punca utama dan membendung ancaman yang semakin meningkat akibat daripada aktiviti along.

Chong membuat gesaan itu susulan lawatannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfield, yang mana beliau turut diberi taklimat oleh Ketua ACP Hoo Chang mengenai beberapa siasatan yang sedang dijalankan.

Katanya, semasa perbincangan itu, Hoo mendedahkan bahawa beberapa runner along dan rakan subahat mereka yang disyaki terlibat dalam insiden simbahan cat baru-baru ini terhadap pemilik rumah yang tidak bersalah telah ditangkap oleh polis Ipoh dan siasatan sedang dijalankan.

Beliau berkata suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pelbagai kes jenayah akan diserahkan kepada polis Brickfields untuk siasatan lanjut setelah siasatan awal di Ipoh selesai.

Selain itu, Chong juga menggesa kerajaan untuk mengkaji semula dan mempertimbang mengembalikan undang-undang pencegahan berkaitan untuk membendung aktiviti pinjaman wang haram dengan lebih berkesan serta melindungi keselamatan awam.

Selain itu, katanya, pihak polis juga memberi taklimat mengenai kes melibatkan sebuah kolej yang didakwa mengeluarkan sijil palsu di bawah nama Universiti Malaya, yang telah dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Justeru, beliau menasihati individu yang terjejas supaya bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan siasatan mereka.

 
Back
Top
Log in Register