BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Hadir Program Ihya Ramadan Di KKDW

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
11,442
Joined
Jun 13, 2023
Messages
11,442
Reaction score
279
Points
146
a9c6b3e45effddac0e9a89fa17163d5e67d27b5c0ae1b


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Ketibaan Anwar, yang juga Menteri Kewangan pada 12.05 tengah hari disambut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta timbalannya Datuk Rubiah Wang.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Setiausaha KKDW Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar.

Program dimulakan dengan mesyuarat antara Perdana Menteri dan pengurusan tertinggi KKDW bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan pencapaian utama kementerian.

Seterusnya, Anwar meluangkan masa menghadiri sesi tazkirah bertajuk "Ramadan Yang Sempurna" yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Sumber Manusia Majlis Amanah Rakyat (MARA) Ustaz Asri Hassan.

Usai sesi tazkirah, Anwar turut menyertai warga KKDW menunaikan solat Zuhur berjemaah.

Program Ihya Ramadan itu bertujuan menyantuni warga KKDW dan memanfaatkan bulan Ramadan melalui amalan kerohanian.

 
Back
Top
Log in Register