BTC USD 62,947.4 Gold USD 4,300.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PLUS tidak terbabit kenaikan tol

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
PLUS tidak terbabit kenaikan tol
2013/12/17


174206baauat5auu7xg7wt.jpg


Kuala Lumpur: PLUS Malaysia Bhd (PLUS), pemegang konsesi lapan lebuh raya utama di negara ini tidak terbabit dengan kenaikan tol yang dikatakan bermula tahun depan.

Selain Lebuhraya Utara-Selatan, tujuh lebuh raya lain di bawah syarikat itu ialah:
Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE),
Lebuhraya Persekutuan Laluan 2,
Lebuhraya Seremban-Port Dickson,
Lebuhraya Lingkaran Tengah Utara-Selatan (NSECL),
Laluan Kedua Malaysia-Singapura,
Lebuhraya Butterworth-Kulim dan
Jambatan Pulau Pinang.


Perjanjian konsesi tamat 2016

“Lebuh raya PLUS tidak terbabit, mungkin lebuh raya lain kerana perjanjian konsesi sedia ada di antara PLUS dengan kerajaan hanya akan tamat 2016 berbanding 25 lagi syarikat konsesi,” kata sumber syarikat itu kepada BH semalam, namun enggan mengulas lanjut.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, dilaporkan berkata kenaikan kadar tol dijangka tahun depan sejajar dengan perjanjian di antara kerajaan dan pemegang konsesi. Bagaimanapun, kenaikan itu dijamin secara sistematik bagi memastikan pengguna tidak memikul beban.

Antara lain, perjanjian berkenaan mewajibkan kadar tol disemak semula untuk dinaikkan pada 2011, tetapi kerajaan mengambil inisiatif membayar pampasan RM400 juta bagi mengekalkan kadar sedia ada sejak dua tahun lalu.



http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PLUStidakterbabitkenaikantol/Article
 
Last edited:
klu tol plus naik mati owh....
 
mungkin dah takdir kot...naik sendiri la...tak da sapa2 suruh naik la...
 
pening aku.

bayar pampasan lagi, untung lagi, lagi mau naik ka??
 
Back
Top
Log in Register