Boleh tau cair tuh kat mana? Cabledekat fryer atau cable supply? Ada beberapa perkara kalau alat electric ni cair.
1. Overloading - pakai alat melebihi had. Biasanya arus tinggi
2. Kadang2 ada looseness dekat terminal pengikat cable.
3. Size cable yg kecil - biasanya untuk equipment electric biasa boleh je guna yg 13A tuh. Utk bro yg pakai 1800W fryer ni elok guna yg 15A tuh. Walaupun kiraan matematik kata boleh guna plug 13A tapi faktor suhu keliling ada faktor yg kena diambil kira.
4. Cable tak ikut spec - selain size jenis insulator atau getah sarung dia tuh kena ambil kira juga. Cable yg pakai dekat seterika kan lain dgn alatan yang lain. Cable seterika lebih tahan suhu berbanding cable kelabu tuh.
Biasanya pendawaian plug ni dia orang buat ring.
Mungkin plug yg tuan gune bersambungan dgn plug lain.kemungkinan 2 atau 3 alat digunakan serentak.
Contoh.
Plug 1: pemanas air
Plug 2: strika
Plug 3: peti sejuk
Barangan elektrik ni jangan buat main kalau berlainan arus. Inilah sebab utama litar pintas.
Kalau nak selamat ketika tak menggunakannya, tanggalkan plag dari soketnya.