BTC USD 98,742.7 Gold USD 2,700.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ramai percaya cabut plug boleh jimat elektrik; Akhirnya pakar bersuara, pengguna mesin basuh ‘front load’ kena jaga-jaga

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,942
Top Poster #6
Joined
Apr 15, 2012
Messages
40,942
Reaction score
4,121
Points
266
Awards
1

553.jpg

Suis merupakan tempat sambungan untuk mendapatkan tenaga elektrik. -Gambar hiasan

PERNAH dikatakan antara petua penjimatan tenaga elektrik adalah mencabut plug sekiranya suatu peralatan itu tidak digunakan.

Kebiasaannya orang ramai hanya akan menutup suis, namun ternyata itu sahaja tidak mencukupi kerana sesetengah peralatan masih menyimpan tenaga elektrik walaupun sudah dimatikan suisnya.

Ayuh kita ikuti penjelasan lanjut oleh juruteknik dikenali sebagai Abang Elektrik di laman TikTok.

Fenomena phantom power

Menurutnya, phanton power atau juga dikenali sebagai standby power merujuk pada aliran elektrik yang masih memasuki peralatan walaupun sudah dimatikan suis.

"Tak semua perkakas elektrik akan mengalami kejadian macam ni, hanya sesetengah. Antara peralatan elektrik yang saya boleh pastikan betul berlakunya phantom power ni adalah mesin basuh jenis front load.

2789974.jpg

Mesin basuh muatan hadapan. -Gambar hiasan


"Jadi kenapa boleh berlaku macam tu?
Sebabnya papan pendawaian (PC Board) mesin basuh tu tetap menyedut tenaga elektik walaupun dalam keadaan tidak aktif.
"PC Board tu tersilap kerana beranggapan dalam mesin basuh masih ada baju dan air walaupun sudah selesai digunakan.

"Hanya apabila mesin basuh dimatikan dan dicabut plug selama 15 minit baru PC Board tu akan reset semula," jelas Abang Elektrik.

Tabiat cabut plug

Menutup bicara, Abang Elektrik berkata jaminan yang paling selamat adalah untuk mencabut terus plug supaya kejadian phantom power tidak berlaku pada peralatan elektrik yang lain.

"Ramai antara kita yang selalu lupa tutup suis terutamanya selepas mengecas telefon, jadi elok biasakan diri untuk cabut je plug selepas habis guna.
"Akan selesai masalah terlupa tutup suis semua ni," ujar Abang Elektrik.
 
Sponsored Post

nak tau jugak perbezaan

phantom power mesin front load Vs mesin penapis air coway cucko sentiasa dibuka

peralatan yg ada panas sejuk mmg makan banyak elektrik.

coway, cuckoo, fridge, aircond, semua tu lah.

sbb tu kalau rumah ada pakai aircond bil dia kaw2 mahal.
 
karen leak kata mah bayu
arus bocor rendah bawah sensitibiti RCCB
atau RCCB tak ikut spek
meter pintar membaca kebocoran arus
meter bodoh tak baca
sebab itu ramai terkejut selepas tukar meter pintar bil tenaga melambung naik
Pintar betul meter itu. 😁
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register