balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 yang akan bermula pada 26 Mac depan bakal melalui satu transformasi besar dengan memfokuskan kepada program pembinaan negara untuk 20,000 pelatih yang dipilih oleh pihak sekolah dan secara sukarela.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dua fasa utama yang akan dilaksanakan dalam PLKN 2.0 tersebut meliputi fasa pertama yang memberi tumpuan kepada Program Pembelajaran Bersepadu (ILP) yang mengambil masa selama dua bulan berbanding tiga bulan dalam modul sebelum ini.
“Fasa kedua pelaksanaan pula merangkumi Program Sijil Kemahiran Teknikal dan ia merupakan pilihan bagi pelatih PLKN yang berminat serta layak untuk menyam*bung pengajian dalam bidang kemahiran selepas tamat program fasa satu.
“Bagi tujuan ini, PLKN 2.0 bakal menyediakan sehingga 20,000 peluang melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan kemahiran seperti Kolej Komuniti, Politeknik dan Giat Mara dalam pelbagai bidang kemahiran seperti automotif, pembinaan, pembuatan, perhotelan dan pelancongan.
“Ini merupakan sebahagian dari*pada transformasi PLKN dalam memastikan ia dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan,” katanya dalam taklimat kepada para pengarang akhbar di sini semalam.
Taklimat itu turut dihadi*ri Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Mohmed Asri Yusof
Hishammuddin memberitahu, bagi memantapkan lagi PLKN, sejumlah enam fokus utama transformasi telah digariskan antaranya pemilihan pelatih, modul, jurulatih, prasarana, alumni serta pelan komunikasi dan media.
Katanya, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menyasarkan jumlah pengambilan pelatih PLKN sesi 2016 adalah sebanyak 20,000 orang dan pencalonan pelatih dibuat oleh pihak sekolah.
“Bagi PLKN siri 13/2016 JLKN menerima 64,000 pencalonan daripada pihak sekolah serta 2,008 permohonan secara sukarela.
“Kesemua pelatih akan ditempatkan di 81 kem PLKN di seluruh negara dan akan memulakan latihan meliputi lapan modul baharu bermula 26 Mac sehingga 24 Mei depan,” ujarnya.
Pada tahun-tahun sebelum ini PLKN mengambil kira-kira 85,000 pelatih setahun.
Dalam taklimatnya, Hishammuddin berkata, JLKN turut bercadang untuk menghubungkan kembali silaturahim alumni PLKN melalui penubuhan Yayasan Sukarelawan Khidmat Negara (YSKN).
Sehingga Februari tahun ini terdapat kira-kira 841,620 bekas pelatih telah menyertai program PLKN di seluruh negara.
PLKN telah dimulakan sejak tahun 2003 selepas pewartaan Akta Latihan Khidmat Negara pada tahun tersebut.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Kementerian Pertahanan menyasarkan kira-kira 34,000 pelawat perdagangan antarabangsa akan menyertai pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2016 (DSA ‘16).
DSA ‘16 akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 18 hingga 21 April ini.
Acara selama empat hari itu bakal dirasmikan oleh Hishammuddin yang dijangka menarik penyertaan pelawat daripada 77 buah negara.
Kosmo! difahamkan, pelawat yang mengunjungi DSA ‘16 berpeluang mendapatkan maklumat terkini mengenai sistem pertahanan yang digunakan oleh pasukan tentera dan agensi keselamatan.
Sebanyak 28 buah negara termasuk Jerman, Perancis, Australia dan Itali akan hadir sebagai pempamer bagi berkongsi maklumat mengenai sistem pertahanan yang digunakan di negara masing-masin.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.dsaexhibition atau Facebook Defence Service Asia, Twitter @DSAMalaysia dan Instagram @dsamalaysia.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm