BTC USD 86,159.2 Gold USD 4,318.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

+ PKSM CG [more pic @ page 1077] +

Kualah%20Gandah.JPG
 
lyn, masuk free ke bayar?
beroperasi dr kul bape sampai bape?
ape xtvt yg bole kita buat dlm tu?
masuk dlm leh bawak kenderaan ke?

Jadual Aktiviti Pelawat
Pelawat digalakkan menyertai aktiviti yang akan bermula pada pukul 2.00 petang.


Aktiviti
2.15 petang MENUNGGANG GAJAH:
Pelawat berpeluang menunggang gajah disekitar pusat ini.

2.30 petang MANDI GAJAH:
Pelawat boleh berenang dan mandi bersama gajah di sungai di bawah pengawasan petugas.

3.30 petang MEMBERI MAKANAN:
Pelawat boleh membantu memberi makanan kepada gajah seperti pisang, betik dll.

3.45 petang VIDEO:
Pelawat digalakkan menonton dokumentari mengenai proses pemindahan semula gajah liar
 
Ke Kuala Gandah
Sebelum mengunjungi pusat ini, anda digalakkan menelefon pihak kami untuk memudahkan urusan lawatan dan mengetahui sama ada pusat kami boleh menampung lawatan anda terutamanya jika anda disertai oleh rombongan yang besar.

Sila bawa pakaian persalinan jika anda ingin mengambil bahagian dalam aktiviti bersama gajah seperti berenang dan mandi bersama gajah di dalam sungai.

Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda semua. Semoga anda semua ceria dan gembira di atas kunjungan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.

Sokongan dan Sumbangan Anda Diperlukan
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dibiayai oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia. Berbagai usaha dijalankan secara berterusan untuk mempertingkatkan kemudahan sedia ada samaada untuk penyelidikan dan pembangunan atau untuk pelawat ke pusat ini. Jabatan PERHILITAN berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan pusat ini sebagai pusat latihan dan konservasi gajah yang terkenal di rantau ini. Apa jua jenis bantuan dan sokongan amat dihargai.

Anda boleh membuat pertanyaan tentang bagaimana anda boleh membantu dan membuat sumbangan secara langsung dengan kakitangan pusat. Jabatan PERHILITAN telah menubuhkan Tabung Amanah Gajah bagi membolehkan sumbangan ditabungkan. Segala pertanyaan boleh dimajukan kepada kakitangan pusat atau diposkan kepada :
 
kena bawak baju extra ni:D

ko tak baca eh yang atas aku paste tu:-?:-?:-?

Sila bawa pakaian persalinan jika anda ingin mengambil bahagian dalam aktiviti bersama gajah seperti berenang dan mandi bersama gajah di dalam sungai.
 

ko tak baca eh yang atas aku paste tu:-?:-?:-?

Sila bawa pakaian persalinan jika anda ingin mengambil bahagian dalam aktiviti bersama gajah seperti berenang dan mandi bersama gajah di dalam sungai.

time aku quote gamba, lom kuar lg posting ko yg bgtaw kena bawak persalinan tu
 
Back
Top
Log in Register