eLLYaNa
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,295
- Joined
- Apr 17, 2008
- Messages
- 27,295
- Reaction score
- 41
- Points
- 125
ASAS-ASAS KHIDMAT SOSIAL DARI PERSPEKTIF AL-SUNNAH
Khidmat sosial dapat ditakrifkan sebagai suatu usaha yang bertujuan untuk menghulurkan pertolongan kepada masyarakat dalam pelbagai lapangan. Tulisan yang ringkas ini akan menyoroti beberapa asas khidmat sosial yang telah digariskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sunnahnya.
Khidmat sosial juga dikaitkan dengan sedekah . Dari perspektif al-Sunnah, konsep sedekah itu amat luas kerana ia mengandungi makna memberikan manfaat kepada orang lain dan menjauhkan kemudaratan daripada mereka, tanpa mengira apa jua bentuk pertolongan itu.
Merawat orang yang sakit, melawat orang sakit, mendirikan hospital, mempelajari ilmu perubatan. Ini juga disebutkan sebagai hak dan tanggungjawab seorang muslim terhadap muslim yang lain. Rasulullah s.a.w. bersabda:
حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ خَمْسٌ رَدُّ السَّلَامِ وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعُ الْجَنَائِزِ وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ
Hak seorang muslim di atas muslim yang lain lima perkara, menjawab salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah, menerima jemputan dan mendoakan orang yang bersin. (al-Bukhari)

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT CARIGOLD
Latarbelakang:
Selaras dengan hasrat untuk menjadikan Carigold.com sebagai sebuah platform bagi forumer bersama-sama mencurahkan khidmat bakti masyarakat bagi golongan yang memerlukan, maka dengan ini timbulnya cadangan dari beberapa forumer bagi mewujudkan thread ini. Diharap thread ini akan mendapat sambutan yang baik dan memberangsangkan daripada forumer sekalian.Objektif:
1. Menggalakkan penglibatan & penyertaan forumer di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.2. Merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan forumer di samping mewujudkan budaya semangat perpaduan.
3. Meluaskan prospek perhubungan sosial di samping menambahkan pendapatan di kalangan forumer.<---serampang 2 mata ni
Kumpulan Sasaran:
Terbuka kepada semua forumer.
Keanggotaan:
Tiada jawatankuasa tetap tetapi forumer yang sanggup berkhidmat untuk masyarakat adalah amat dialu-alukan untuk menjadi ahli penganjur yang mana selepas ini akan dikenali sebagai 'panganjur' yang akan bertanggungjawab menguruskan setiap program yang bakal dijalankan. Walaubagaimanapun, penganjur hendaklah tidak kurang daripada 10 ahli yang terdiri daripada mereka yang memegang jawatan berikut bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar:
-Pengerusi
-Naib pengerusi
-Setiausaha
-Bendahari
-Ahli2
Pemilihan Penganjur:
Secara sukarela ataupun dengan penamaan calon oleh forumer (dengan syarat mendapat persetujuan oleh calon)*penganjur dibenarkan bertukar anggota bagi program yang berlainan.
Penajaan:
Forumer adalah amat dialu-alukan bagi menaja atau memberi sumbangan dalam sebarang bentuk sumbangan samada wang tunai, barangan, buah fikiran dan lain-lain. Walaubagaimanapun, apa yang paling penting adalah sumbangan tenaga bagi menjayakan program amal khidmat masyarakat ini dengan setulus hati.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PROGRAM KHIDMAT SOSIAL & MASYARAKAT CARIGOLD (PKSM CG)
PROGRAM 1 : <link thread rasmi & gambar>
Program : Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak2 Yatim RSK
Tarikh : 20 September 2008
Masa : 9.00 pagi-11 malam
Lokasi : RUMAH SIRAMAN KASIH, No.21, Jalan Desa 8/3, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.
PROGRAM 2 : <link thread rasmi & gambar>
Program : Majlis Hari Raya
Tarikh : 27 Oktober 2008
Masa : 12 tghri-6 petang
Lokasi : Rumah Didi, Seksyen 19, Shah Alam
PROGRAM 3 : <link thread rasmi & gambar>
Program : Majlis Makan Malam Amal Sekolah Pendidikan Khas anjuran SK (L) Jalan Batu, Kuala Lumpur
Tarikh : 2 November 2008
Masa : 8 malam
Lokasi : Dewan Raja Laut, Hotel Quality, Kuala Lumpur
PROGRAM 4 : <link thread rasmi & gambar>
Program : Majlis Tahlil
Tarikh : __ November 2008
Masa :
Lokasi :
PROGRAM 5 : <link thread rasmi & gambar>
Program : Treasure Hunt & Annual Dinner carigold.com
Tarikh : 20 Disember 2008
4a : Treasure Hunt
Masa : 8 pagi - 5 petang
Lokasi : KL - Melaka
4b : Annual Dinner
Masa : 8 malam
Lokasi : Grand Continental Hotel,No. 20, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka
LINK JUALAN AMAL TABUNG KEBAJIKAN CG
*Sampul Duit Raya*
*Baju Seragam Sekolah*
*LELONG AMAL...30% Sumbangan Dana Untuk RUMAH SIRAMAN KASIH,RAWANG...!!!*
*Renew Insurans Kenderaan*
*Sampul Duit Raya*
*Baju Seragam Sekolah*
*LELONG AMAL...30% Sumbangan Dana Untuk RUMAH SIRAMAN KASIH,RAWANG...!!!*
*Renew Insurans Kenderaan*
Last edited: