BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PKR Tidak Lindungi Individu Salah Guna Kuasa - Fahmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
99c99eb7fcbd5c0fcdf809c96bc5f4e769cfd8fa48433

Menteri Komunikasi merangkap Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil berucap pada Majlis Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Keadilan bagi Wilayah Persekutuan 2026 di Komune Living and Wellness Bandar Tun Razak.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


PKR tidak akan sesekali melindungi mana-mana pemimpin dan ahli yang didapati menyalahgunakan kuasa, kata Ketua Penerangan parti berkenaan Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Perdana Menteri yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi amaran keras bahawa tiada sesiapa termasuk menteri akan dilindungi sekiranya terlibat dalam salah guna kuasa.

“Jangan pernah ambil kesempatan salah guna kuasa, jangan ambil kesempatan atau sempat ambil apa-apa... jangan sampai imej parti tercalar dengan pergi ke mana-mana kononnya mahu 'tengok lesen'... bila diberi amanah, jangan dinodai.

“Ini peringatan kepada kita... kita dahulu berdepan dengan FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan) untuk menghentikan penyalahgunaan kuasa... jangan pula sekarang kita membenarkan perkara yang sama berlaku dalam kalangan kita,” katanya.

Fahmi berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR bagi Wilayah Persekutuan 2026 di Bandar Tun Razak, Cheras di sini hari ini.

 
Back
Top
Log in Register