BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dakwaan Salah Guna Kuasa, Ketua Balai Antara Yang Diambil Keterangan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Dakwaan Salah Guna Kuasa, Ketua Balai Antara Yang Diambil Keterangan​

d8baf723a312cd76b9080a7e052d8776698d8d5fce8a4

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus

Polis telah mengambil keterangan ketua balai dan anggota sebuah balai polis di Wangsa Maju, di sini berhubung dakwaan terlibat dalam salah guna kuasa dan rasuah.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata siasatan mengenai dakwaan terbabit kini dijalankan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju.

"Buat masa sekarang, siasatan masih dijalankan bagi memastikan dakwaan itu berasaskan fakta atau tohmahan semata-mata," katanya dalam sidang media selepas Majlis Peluncuran Advokasi Kesedaran Lalu Lintas Polis Kuala Lumpur di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fadil berkata pegawai dan anggota yang disiasat masih menjalankan tugas seperti biasa sementara siasatan dijalankan.

Baru-baru ini, tular di media sosial tangkap layar perbualan yang mendakwa seorang ketua balai polis di Wangsa Maju serta beberapa anggotanya terlibat dalam salah guna kuasa dan rasuah.

Sementara itu, berhubung penganjuran "Himpunan Gegar TikTok" oleh ahli perniagaan, Albert Tei yang akan berlangsung di Ibu Pejabat TikTok, Sunway Velocity, esok, beliau berkata pihaknya telah menerima pemakluman daripada penganjur.

Fadil berkata pihaknya telah mengadakan mesyuarat dengan penganjur dan akan memastikan keselamatan semua pihak terlibat sentiasa dipelihara.

"Kita akan pastikan keselamatan semua pihak menjadi keutamaan dan sekiranya ada keganasan atau pelanggaran, polis akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Albert Tei atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheng berkata himpunan aman itu akan diadakan pukul 10 pagi di Ibu Pejabat TikTok, Sunway Velocity, di sini.

 
Back
Top
Log in Register