BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PKR kini pada tahap terbaik, kata Anwar

afwan83

Active+ Member
Messages
3,229
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,229
Reaction score
12
Points
25
34cbc267-anwar-ibrahim-is-seen-seated-among-ordinary-members-fb-130226.jpg

Presiden PKR Anwar Ibrahim duduk bersama ahli parti itu ketika Konvensyen Keadilan Kedah. (Gambar Facebook)

Perdana Menteri berkata walaupun PKR menghadapi cabaran lebih berat berbanding parti yang lain, kerjasama sebagai satu pasukan mampu menggerakkan kekuatan, sekali gus memastikan kemenangan kepada parti.

“Tumpu (kaedah) nak bina kekuatan supaya ‘kapal yang belayar boleh berlabuh dengan bergaya dan mantap’,” kata beliau ketika berucap pada Konvensyen Keadilan Kedah.

Anwar berkata bagaimanapun, semua pihak tidak boleh menganggap bahawa semua perkara dalam parti adalah sempurna.

“Saya akui sejak tiga tahun lepas, sejak saya mengambil alih jawatan perdana menteri, saya kurang tumpukan kepada parti kerana saya nak betulkan ekonomi, nak betulkan kerajaan.

“Orang boleh cakap apa-apa pun, tugas kita kerja dan tahu pilihan kita. Kalau ada isu, kita kena jawab setiap isu dibangkitkan dengan kisah benar, bukannya rekaan,” kata beliau.

Anwar berkata perjuangan parti juga perlu bersandarkan fakta dan tiada negara di dunia ini yang maju dengan menanam bibit kebencian.

Pandangan orang yang penuh dengan kebencian, kata Anwar, tidak perlu dilayan, sebaliknya jalankanlah tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.

“Parti pembangkang boleh bercakap mereka mahu memartabatkan Islam, namun Islam itu bukan pada pengucapannya sahaja, tetapi juga pada amalnya dan prinsip keadilannya serta pelaksanaan kata-katanya,” kata beliau.

Anwar berkata PKR sangat memandang serius soal Islam yang merupakan agama Persekutuan, namun tugas PKR adalah untuk memurnikan keadaan dan tidak berdolak-dalik.
 
wujud lagi ke
penyokong PKR
 
Dulu pun org kata wujud lg ke penyokong UMNO, apa jer org x kata. Elok jer wujud lg. So kenapa x ada org nk sokong PKR pula sekarang ni?.
Semua org ada preference dan justifikasi tersendiri.

ade lagi ke sokong PKR??

pembohongan depan mata

kalau UMNO tu boleh lagi consider sbb bnyk hearsay
 
Eh, byk jer lg. Fiskal improved, rizab asing bertambah.


itu je nak dibanggakan ? wakakakka cuba hang compare previous data.. selama nie fiskal negara ok je paras yg sama.. bila tang si bengap tu.. lain macam kagumnye😂😂😂😂
 
Back
Top
Log in Register