BTC USD 63,050.0 Gold USD 4,310.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pisang berbuah di batang

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpeg

Pisang lemak manis yang ditanam Mohd Salleh berbuah di tengah batang.

MERLIMAU - Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku kepada seorang peniaga kedai makan apabila pokok pisang lemak manis yang ditanam di belakang rumahnya di Jalan Pinang, Kampung Sempang, dekat sini berbuah di tengah batang.

Mohd Salleh Sulaiman, 49, berkata, kejadian itu disedarinya ketika mahu membersihkan kawasan belakang rumahnya beberapa hari lalu.

Menurutnya, lebih istimewa lagi apabila tandan pisang itu keluar menegak dan hanya sebesar tapak tangan.

"Ini kali pertama saya menemui pokok pisang yang unik dan pelik kerana tumbuh di batang pokok malah saiznya buahnya sangat kecil," katanya.

Tambah Mohd Salleh, sejak berita mengenai kejadian unik itu tersebar, orang ramai termasuk dari luar Melaka datang untuk melihat sendiri serta merakamkan gambar.

“Ada juga orang dari Kuala Lumpur yang datang dan ambil gambar memandangkan kejadian ini jarang-jarang berlaku dan pertama kali berlaku di salah satu pokok pisang yang ditanam di belakang rumah kami,” katanya.



http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pisang-berbuah-di-batang-1.315515

berita sama kt kuala pilah
 
pelik.biasa tgok telur berbuah dibatang.nie pisang bebuah dibatang???? pelik bin ajaib
 
Buah tumbuh kat pangkal batang pernah tgk tak....
 
Back
Top
Log in Register