BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pindaan Akta 522 Perkukuh Kawalan Harga, Banteras Kartel Beras

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,195
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,195
Reaction score
346
Points
141
dc028bb8af2e08052386b5a116caff2368aadb264c201


Pindaan terhadap Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) bagi memperkukuh pemantauan, menangani manipulasi harga serta membanteras kartel beras dijangka dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pindaan itu antara lain bertujuan mewujudkan peraturan baharu untuk menguatkuasakan spesifikasi penggredan beras, selain penetapan harga kawalan bagi gred beras terpilih.

Beliau berkata melalui peraturan baharu itu, spesifikasi gred dan harga beras akan ditetapkan bagi memastikan ia sentiasa terkawal, sekali gus melindungi kepentingan semua pihak.

"Matlamat utama penetapan harga kawalan bagi gred beras terpilih adalah untuk menjamin kestabilan bekalan beras di pasaran dan melindungi pengguna terutamanya golongan berpendapatan rendah," katanya pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Shahidan Kasim (PN-Arau) yang membangkitkan isu berkaitan padi dan beras yang telah lama membelenggu ekosistem makanan ruji negara sehingga membebankan rakyat.

Mohamad berkata peraturan itu turut menetapkan kewajipan kepada pengeluar beras untuk memaparkan maklumat produk secara jelas, termasuk harga dan kandungan beras hancur bagi memastikan pengguna memperoleh maklumat tepat mengenai produk yang dibeli.

"Pelanggaran mana-mana peruntukan di bawah peraturan baharu itu merupakan suatu kesalahan di bawah Akta 522," katanya.

Beliau berkata penggubalan peraturan baharu itu juga akan memperkasa peranan agensi penyelidikan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam menyediakan bukti saintifik kukuh bagi membantu pihak berkuasa dalam proses pendakwaan kes berkaitan beras di mahkamah.

"Kesimpulannya, keputusan menyusun semula struktur gred dan harga beras ini dibuat berasaskan prinsip utama keterjaminan makanan negara, iaitu memastikan bekalan mencukupi, harga stabil dan semua pihak dalam rantaian padi dan beras daripada pesawah hingga pengguna terus dilindungi," katanya.

 
Back
Top
Log in Register