Sama seperti graduan universiti pun.
Airline business ni volatile.Timing pun ya juga.Adik saya adalah salah seorang dari 500 orang pemegang lesen yg menganggur itu tetapi alhamdulillah akhirnya berjaya mendapatkan kerja di AirAsia tetapi laluannya bukan mudah.Sejak dari awal lagi beliau menghadapi kesulitan untuk mendapatkan dana untuk memulakan pengajian tetapi beliau tidak pernah berputus asa.
"Di mana ada kemahuan dan cita-cita,di situ ada jalan yg Allah akan bukakan."
Jalan saya sendiri pun tidak mudah.
Yang penting adik-adik haruslah mempunyai minat,kemahuan dan keyakinan
yg tinggi untuk merealisasikan cita-cita sebagai airline pilot.
Keyakinan dan kekuatan jati diri adalah ciri-ciri yg dituntut ada di dalam diri setiap airline pilot.
Insya'allah.