Ada beberapa cara kalau nak ambil CPL (kita cerita kat Malaysia)
antaranya
a) Jadi pilot kadet untuk MAS tapi saingan cukup tinggi % untuk masuk tuh agak nipis ini kerana segala perbelanjaan akan ditanggung oleh MAS & kena sign bond lepas grad ...
b) Jadi pilot TUDM pun saingan cukup tinggi & % untuk dapat dan lulus amat nipis, lepas berhenti askar jadi commercial pilot lak (kena ambik beberapa paper gak laa)
c) Jadi cadet piliot untuk Air Asia (lebih kurang macam MAS gak laa)
d) Ambik lesen sendiri kat MFA Melaka & segala perbelanjaan kena tanggung sendiri lebih kurang RM 170k (nih harga dulu) termasuk nak buat ALPL, dahhabis kat sini leh laa apply kat MAS, AA, Transair dll ...
Subject math, science & fizik memang kena credit untuk masuk ke kolej airlines kecuali kalau nak buat PPL sahaja...
Wallahualam .. betulkan kalau aku salah