BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Pilot darat' pandu lori dapat gaji RM10K sebulan

'Pilot darat' dapat gaji RM10K sebulan​

Redzuan Muharam dan Izzati Zaidi
[email protected]

MOHAMAD Rais mampu raih pendapatan lumayan dengan menjadi pemandu treler walaupun pekerjaan itu dipandang sinis masyarakat.
MOHAMAD Rais mampu raih pendapatan lumayan dengan menjadi pemandu treler walaupun pekerjaan itu dipandang sinis masyarakat.

Klang: Kerja duduk sahaja dan karier orang malas. Itu tuduhan sinis pernah dilemparkan beberapa individu terhadap lelaki dikenali sebagai Mohamad Rais, 31, menerusi laman sosial hanya kerana bekerja jadi pemandu treler.
Hakikatnya ramai yang tidak mengetahui kerjaya sebagai 'abang lori' mampu membolehkannya hidup selesa serta meraih pendapatan bulanan antara RM7,000 hingga RM10,000.

Melalui pendapatan lumayan itu, dia mampu menyimpan wang serta membeli kereta model luar negara selain memiliki kondominium, di sini.
Di sebalik kesenangan dikecapinya kini, Mohamad Rais memberitahu dia hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Saya merantau dari kampung halaman di Sandakan, Sabah, ke ibu kota kira-kira 12 tahun lalu demi mengubah nasib hidup.
"Pada awalnya, saya sekadar pemandu lori di dalam kawasan pelabuhan. Ini kerana saya tidak mampu mengambil lesen memandu treler sewaktu mula tiba di Semenanjung.

"Bagaimanapun, saya berusaha mengumpul wang dan mengambil lesen kelas E (lesen kenderaan berat melebihi 7.5 tan) untuk melayakkan saya bekerja sebagai pemandu treler selain berpeluang memandu treler di luar kawasan pelabuhan.
"Saya bersyukur akhirnya diterima bekerja oleh sebuah syarikat walaupun kebanyakan majikan mahukan pemandu lori atau treler berpengalaman," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Mohamad Rais, bukan mudah untuknya berada di tahap sekarang kerana memerlukan pengorbanan masa dan tenaga.
"Pendapatan sebagai pemandu lori atau treler ini bergantung kepada jumlah 'trip' (jumlah tugas penghantaran). Lebih banyak 'trip', semakin banyak diperoleh.
"Kebiasaannya saya akan pulang ke rumah tiga ke empat kali dalam seminggu bergantung tugasan 'trip' serta masa perjalanan.

"Tugas ini memang mencabar berikutan saya sering tidur di jalanan. Bangun esoknya nampak jalan raya dan begitulah yang perlu dihadapi setiap hari," katanya.
Biar apa pun tanggapan masyarakat, Mohamad Rais bersyukur dengan rezeki yang ada malah sudah menganggap pekerjaan sebagai pemandu treler sebati dengan dirinya.

"Seronoknya pekerjaan ini kerana ia memberi peluang kepada saya 'pusing' seluruh Semenanjung, jumpa pelbagai orang dan lalui pengalaman baru setiap hari.
"Jadi tiada istilah bosan bagi saya. Walaupun pernah terbabit kemalangan, saya bersyukur ia tidak serius. Setakat ini isteri memahami kerjaya saya," katanya.

Berkongsi hala tujunya, Mohamad Rais berkata, dia tidak mungkin menjadi pemandu treler sehingga tua.
"Jadi, saya kini sedang mengumpul modal untuk membuka perniagaan sendiri apabila pulang ke Sabah suatu hari nanti," katanya.

Wanita lasak pun jadi pemandu lori

Bukan hanya lelaki berupaya memandu treler seberat puluhan tan malah kerjaya 'dunia lori' itu kini turut dipelopori wanita lasak.
Ketika ini ramai wanita muda mula berani menceburi kerjaya sebagai pemandu lori yang menjanjikan gaji lebih lumayan berbanding.

Nurul Amira Razali, 25, berasal dari Sungai Petani, Kedah, berkata, dia mula berminat dengan dunia lori itu sejak berusia 22 tahun apabila sepupunya mengajar 'selok belok' berkaitan lori.
"Tidak lama kemudian, saya mengambil keputusan mengambil lesen E bagi membolehkan saya memandu semua jenis lori," katanya.

Dia yang memandu treler Scania seberat 36 tan memberitahu tugas mengendali jentera berat itu bukanlah perkara mudah tambahan lagi kerjayanya itu ditentang kedua ibu bapanya.
"Bukan semua orang boleh bawa lori atau treler. Malah ramai lelaki yang tidak mampu mengendali jentera berat ini.
"Apa yang utama adalah perlu ada keyakinan dan kepercayaan pada diri kalau tak macam mana nak bawa jentera seberat ini.

"Ibu bapa saya mulanya menentang keputusan saya menjadi pemandu lori. Hampir setahun mereka memujuk saya menukar kerjaya sebagai kerani atau kerja di pejabat. Bagi mereka, perempuan tidak sesuai membuat kerja lasak dan ekstrim," katanya.
Dia turut menerima kritikan nitizen di media sosial yang mempertikaikan pilihan kerjayanya itu.

"Bagaimanapun, saya nekad meneruskan kerjaya sebagai pemandu lori apatah lagi tarikan gaji lumayan diterima.
"Saya mampu memperolehi purata gaji sehingga RM5,000 sebulan. Tidak seperti pemandu lori lain, saya tidak mengejar 'trip' dan hanya melakukan sekadar terdaya," katanya yang ditugaskan menghantar muatan gula dari Shah Alam, Selangor ke Batu Pahat, Johor.

Seorang lagi pemandu lori wanita, Wan Mahani Abdul Latif, 41, mengakui 'jatuh cinta' dengan kerjaya sebagai pemandu lori berikutan sukakan aktiviti lasak.
"Saya pernah bekerja sebagai guru sandaran namun mula menceburkan diri dalam kerjaya ini selepas mendapat dorongan suami," katanya.


WAN Mahani bekas guru sandaran yang kini menjadi pemandu treler.
WAN Mahani bekas guru sandaran yang kini menjadi pemandu treler.

Satu 'trip' pemandu boleh dapat RM500

Jangan pandang sebelah mata berikutan kerjaya pemandu lori tangki turut mampu menjanjikan gaji lumayan termasuk pelbagai imbuhan lain.
Mohd Tarmizi A Bakar, 31, sudah berkecimpung dalam 'dunia lori' selama 10 tahun. Berkhidmat dengan tiga syarikat berbeza, dia sudah lali dengan cabaran dan asam garam dalam 'dunia lori'.

Bapa kepada dua cahaya mata ini, mampu menyara keluarga kecilnya hasil pendapatan yang 'agak' lumayan daripada memandu lori.
"Satu trip saya boleh dapat dalam RM500 dan sebulan mampu menjangkau lebih RM 6,000. Jumlah ini tidak termasuk gaji pokok. Pendapatan ini lebih dari mencukupi untuk menampung kehidupan saya dan keluarga.

"Sepanjang bekerja sebagai pemandu lori, saya mampu untuk membeli kereta selain pelbagai barang emas," katanya.
Dia yang memandu lori tangki minyak sawit mengakui bukan mudah mengendalikan kenderaan berat yang kerap dikaitkan dengan nahas jalan raya.

"Kami tidak pernah mengeluh dengan kerja kami yang perlu berkhidmat siang dan malam bagi menghantar barangan di setiap pelusuk Malaysia. Tugas kami sekaligus memastikan bekalan untuk rakyat tidak pernah terputus," katanya.

Sementara itu, pemandu lori, Mohd Sharmizan Mohd Zaipal, 35, yang sudah berkhidmat di dalam 'dunia lori' sejak 12 tahun lalu mampu memperoleh pendapatan lebih RM 6,000 sebulan sekali gus.
"Sebelum Covid-19 melanda negara, pendapatan paling tinggi sebagai pemandu lori boleh mencecah sehingga RM9,000.

Namun jumlahnya gaji bersih boleh melebihi angka itu bergantung kepada jumlah 'trip' dilakukan dalam sebulan.
"Hasil pendapatan memandu lori ini membolehkan saya membeli rumah pada tahun 2018 selain memiliki kereta. Tidak dinafikan kerjaya ini berbaloi," katanya.



‘Gaji RM10k Cerita Satu Dunia, Dapat RM3k Senyap..’ – Lelaki Dedah Realiti Sebenar Pemandu Lori​

November 11th, 2022 | by Shira
https://www.facebook.com/dialog/fee...ohbulan.com/2022/11/pemandu-lori-1200x764.jpg
IMG_4171.jpg


Tak dinafikan, bekerja sebagai seorang pemandu lori merupakan satu pekerjaan yang sangat sukar dan berisiko tinggi. Lebih menyedihkan apabila ada segelintir masyarakat beranggapan mereka yang bekerja sebagai pemandu lori terdiri daripada ‘golongan yang malas belajar’.

Baru-baru ini, isu berhubung ‘pilot darat’ telah menjadi bualan netizen di media sosial selepas munculnya satu artikel mengenai pendapatan bulanan pemandu lori yang dikatakan mencecah sehingga RM10,000.


Realiti pemandu lori​

IMG_4168.jpg

Isu tersebut turut mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya seakan ‘teruja’ dengan jumlah pendapatan tersebut. Susulan daripada itu, seorang lelaki tampil menceritakan realiti sebenar pekerjaan sebagai seorang pemandu lori.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, lelaki ini seakan tidak bersetuju dengan sikap segelintir pemandu lori yang mencanang satu dunia mengenai pendapatan mereka yang dikatakan mencecah puluhan ribu ringgit sedangkan itu bukanlah realiti sebenar yang diterima setiap bulan.
Gaji RM10k ke RM20k ke hang berceritalah. Yang realitinya boleh ke maintain RM10k tiap-tiap bulan. Setahun dapat sekali, cerita satu dunia. Tapi yang dapat RM3,000 dan RM4,000 tiap bulan hampa tak mahu cerita.

Tambahnya lagi, sikap tersebut secara tidak langsung akan menimbulkan masalah serta tanggapan buruk orang ramai termasuk pengguna jalan raya terhadap pemandu lori.
Benda macam ni kalau hampa cerita ada kebaikan, ada keburukan. Kebaikan adalah pandangan masyarakat terhadap kita. Keburukan dia, bila sesuatu berlaku kemalangan atau apa, orang salahkan driver lori kejar trip.
Minta maaf mana yang terasa. Aku bukan nak pertikai gaji orang, tapi aku nak pertikai tak semua benda kita boleh cerita. Bukan kita cemburu dengan gaji orang dapat RM10k RM20k tapi kalau orang yang faham, dia tahu kenapa aku cakap macam tu.

Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen dan pemandu-pemandu lori yang bersetuju dengan pandangan lelaki ini.

Respon netizen​

IMG_4164.jpg
IMG_4163.jpg
IMG_4162.jpg
IMG_4161.jpg
IMG_4160.jpg



sumber - https://ohbulan.com/gaji-rm10k-ceri...yap-lelaki-dedah-realiti-sebenar-pemandu-lori
 
Sampai marah benar netizen pasal 10k gaji........... Rezeki ni subjektif............
 
Cikgu: Airman ….bapa awak bekerja sebagai apa?

Airman: Pilottt ….cikguu!

Cikgu: Ooooo… AirAsia? AirMas? AirSabah? AirMani? Etc….Airman?

Airman; Rrrr….bukan cikgu, dia kerja company …Low Rie Transport SDN BHD …cikgu.

Cikgu: WTH?😰😇
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register