BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 1 Ogos 2026

Undi arul kumar jambunathan ke?
Xleh sentuh arul kat Nilai.... memang buat keje punya org walaupun ada bekap geng dia jugakk....tp kalu komplen apa2 memang cepat turun......

Yg baik kena ckp baik la....kann....
 

Ambil iktibar Johor, kenyataan kerjasama mesti suara bersama PN, Hadi diberitahu​

ab0e4a15-hanifah-abu-baker-bernama-050526-1.jpg

Mohamad Hanifah Abu Baker berkata Majlis Tertinggi PN tidak ada bincang kerjasama PAS dan BN. (Gambar Bernama)

Mengulas kenyataan Hadi berkait kerjasama PAS dengan Barisan Nasional (BN) pada PRN Negeri Sembilan, Ketua Bersatu negeri itu Mohamad Hanifah Abu Baker berkata rakan komponennya itu bertanding atas logo PN.

Ujarnya, keadaan itu memerlukan pendirian harus selari dengan rakan dan difahamkan kerjasama dengan BN tidak pernah dibincangkan oleh Majlis Tertinggi PN.

“Bagi saya perlu ambil pengajaran (daripada PRN Johor).

“Apabila kita bertanding menggunakan logo PN, suara itu mesti datang daripada semua parti komponen, bukan suara sesebuah parti secara individu,” katanya kepada FMT.

Hadi pada PRN Johor, baru-baru ini antaranya menggesa ahli PAS supaya menyokong calon BN di kerusi tidak ditandingi PN selain membantunya membentuk kerajaan jika tidak mendapat majoriti mudah.

Namun PN termasuk PAS kalah di semua 33 kerusi ditandingi di Johor manakala BN pula mencatat kemenangan besar dengan meraih 48 daripada 56 kerusi ditandingi.

Gabungan itu bertanding PRN Johor ketika ia mengalami krisis susulan tindakan PAS memutuskan kerjasama dengan Bersatu.

Ahad lalu, Hadi berkata PAS dan BN sedang berunding bagi agihan kerusi dengan Timbalan Pengarah Pilihan Rayanya Annuar Musa pula membayangkan kerjasama dua parti itu akan diketahui selepas semua calonnya diumumkan, Khamis ini.

Namun Pengerusi BN Zahid Hamidi semalam berkata kerjasama dengan PAS belum muktamad dan menyifatkan kenyataan pemimpin PAS sukar diyakini kerana sering berubah mengikut situasi politik.

Mengulas lanjut, Hanifah berkata PAS bebas mengadakan rundingan atas kapasiti parti itu sendiri, namun perlu mendapat persetujuan semua parti komponen sekiranya rundingan berkenaan dibuat bagi pihak PN.

“Kalau PAS berunding mewakili PAS sendiri, kita tidak campur. Tetapi kalau mewakili PN, sudah tentu ia wajib mendapat kebenaran dan kelulusan semua parti komponen.

“Di peringkat Majlis Tertinggi PN, perkara ini tidak dibincangkan. Jadi, saya anggap kerjasama PAS dengan BN itu atas kapasiti PAS sendiri, bukan PN,” katanya.

Mengenai persiapan PN menghadapi PRN Negeri Sembilan, 1 Ogos depan, Hanifah berkata rundingan agihan kerusi antara parti komponen masih berlangsung dan dijangka dimuktamadkan dalam tempoh satu atau dua hari lagi.

“Bersatu Negeri Sembilan memohon bertanding di 15 kerusi, namun jumlah itu masih tertakluk kepada persetujuan bersama parti komponen PN,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register