BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pilihan raya Mesir perlu adil

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
NEW YORK 9 Julai - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam berkata, pilihan raya umum Mesir perlu diadakan secara telus dan adil.

Dalam pertemuan dengan Menteri Luar Mesir, Mohammed el-Orabi, Ki-Moon turut meminta prosedur perundangan di Mesir dipercepat bagi membolehkan pendakwaan dilakukan ke atas pihak yang bertanggungjawab membunuh rakyat awam dalam revolusi baru-baru ini.

Pertemuan Ki-moon dengan Mohammed diadakan di Juba, Sudan Selatan, kata Pejabat Setiausaha Agung PBB dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri Mesir, Essam Sharaf baru-baru ini menyatakan pilihan raya umum negara itu akan diadakan pada hujung September ini.

Beribu-ribu penunjuk perasaan Mesir berkumpul di seluruh negara itu semalam bagi mendesak perubahan dilaksanakan dengan segera.

Penduduk Mesir juga marah kerana kerajaan peralihan mengambil masa terlalu lama untuk mendakwa bekas Presiden, Hosni Mubarak dan sekutunya di atas tuduhan rasuah dan pembunuhan penunjuk perasan ketika pemberontakan rakyat. - Reuters
 
Back
Top
Log in Register