BTC USD 63,733.0 Gold USD 4,326.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pilihan raya masjid bawa perpecahan

hab81020

Super Active Member
Messages
5,119
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,119
Reaction score
233
Points
83
KEPALA BATAS 12 Jun — Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemilihan anggota jawatankuasa masjid melalui pilihan raya tidak perlu diadakan kerana ia sebenarnya akan membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam.

Abdullah berkata, pemilihan itu sepatutnya dilakukan mengikut kelazimannya sebagaimana yang dijalankan sebelum ini kerana kaedah itu tidak pernah menimbulkan sebarang masalah besar.

"Lebih elok pemilihan dilakukan seperti sebelum ini kerana keputusan memilih jawatankuasa masjid dijalankan secara musyawarah dalam mesyuarat jawatankuasa masjid,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas di Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas di sini, hari ini. - Bernama
 
anggap jer pemilihan masjid ni macam pemilihan ketua darjah atau ketua tingkatan..sesapa yg layak kita undi..sistem yg diguna pakai sbelum ni pun timbul juga perpecahan kalau masing2 gila kuasa..:(


pak lah tak yah la beri komen...bagi jawatan sebagai PM pun dah rosakkan negara...#:-S
 
kalau dah sejarah pernah memecahbelahkan apabila berbuat sedemikian.. tk payah ler ulangi lagi
 
Back
Top
Log in Register