Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,771
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,771
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan 251,752 tempat duduk bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity bersempena dengan sambutan Aidilfitri, jumlah terbesar dalam sejarah pengoperasian syarikat itu.
Jumlah itu dipacu oleh penambahan 228 perjalanan tren tambahan bagi tempoh 17 hingga 29 Mac, sekali gus mencatat peningkatan 113 peratus berbanding hanya 118,440 tempat duduk yang disediakan pada tahun lepas.
Antara laluan tambahan ETS ialah JB Sentral-KL Sentral-JB Sentral, enam perjalanan Ipoh-KL Sentral-Ipoh, masing-masing dua perjalanan bagi laluan Butterworth-KL Sentral-Butterworth serta Padang Besar-KL Sentral-Padang Besar.
KTMB turut menyediakan Perkhidmatan Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) edisi Pantai Timur dan utara edisi Utara, bagi laluan KL Sentral-Tumpat-KL Sentral dan KL Sentral-Padang Besar.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Berbaki sehari atau dua hari menjelang perayaan Aidilfitri, pastinya lebuh raya dipenuhi dengan ribuan kenderaan untuk pulang ke kampung halaman.
Namun, dengan pelbagai alternatif yang ada di negara ini, semakin ramai memilih perkhidmatan tren elektrik (ETS) sebagai pilihan untuk pulang beraya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta menjimatkan masa perjalanan.
Bagi seorang penumpang dari Pasir Gudang, Arif Noor Zaman, 28, berkata dia mengambil keputusan menaiki ETS ke Butterworth sebelum meneruskan perjalanan ke Kedah selepas tiket tren terus ke destinasi itu habis dijual.
“Saya beli tiket ke Butterworth dahulu, nanti sambung perjalanan ke Kedah. Ini cara paling mudah sebab tiket terus memang sudah habis. Saya sudah beberapa kali menggunakan ETS, dan perjalanan kali ini lebih bermakna kerana ia kali kedua saya dari JB Sentral ke Butterworth sejak ia mula beroperasi, dan kali ini saya bersama isteri,” katanya ketika ditemui di JB Sentral, di sini hari ini.
Sebelum ini, dia lebih gemar memandu kenderaan untuk pulang ke kampung, namun kesesakan teruk ketika musim perayaan mendorongnya beralih kepada pengangkutan awam, selain faktor keselesaan.
“Kalau naik kereta, perjalanan boleh ambil masa hingga 12 jam. Naik bas pula kira-kira 11 jam. Tetapi dengan ETS, anggaran hanya kira-kira sembilan jam lebih. ETS lebih selesa kerana kita tidak perlu memandu dan memikirkan keadaan jalan raya. Kita hanya duduk dan tunggu sampai sahaja,” katanya.
Siti Nur Shahidah Hashim, 43, yang berasal dari Singapura turut memilih menaiki ETS dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur bagi pulang beraya kerana mahu mengelakkan kesesakan jalan raya selain menikmati perjalanan yang lebih selesa, terutama apabila pulang bersama anak-anak.
Sebelum ini, dia sering menggunakan kereta dan bas berkata perjalanan musim perayaan, yang lazimnya mengambil masa lebih lama akibat kesesakan, justeru ETS menjadi pilihan lebih praktikal.
“Dari JB ke KL ini kali pertama, sebelum ini naik kereta dan bas. Disebabkan jem, jadi lebih baik naik ETS. Saya bercuti hingga Ahad, dan ini kali pertama beraya di Kuala Lumpur, sebelum ini hanya di Singapura. Naik ETS memang selesa,” katanya yang bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta.
Pilih ETS Untuk Keselesaan, Jimat Masa Pulang Beraya
tinjauan, ETS, Aidilfitri, tren, perjalanan