BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lori Terbabas: Operasi Shuttle Selatan, ETS Alami Kelewatan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,808
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,808
Reaction score
98
Points
80

Lori Terbabas: Operasi Shuttle Selatan, ETS Alami Kelewatan​

575e6c7e20994dd3517319cd4c8103316a735f884bb3e

ce58caa37a4e2e220610bea5f06c673f6a735f6ec1a36

--kredit KTMB

Perkhidmatan Shuttle Selatan dan ETS di laluan Kulai-Kempas mengalami kelewatan, susulan gangguan bekalan elektrik akibat insiden sebuah lori yang membawa cecair mudah terbakar terbabas berhampiran laluan berkenaan hari ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan gangguan itu, menjejaskan operasi tren di laluan berkenaan, manakala kerja-kerja pembersihan lokasi kejadian dan baik pulih bekalan elektrik sedang dijalankan.

“Bagi penumpang ETS yang terjejas, bas perantara akan disediakan di Stesen Kulai, Kempas Baru dan JB Sentral.

Manakala buat masa ini, penumpang Shuttle Selatan disarankan menggunakan pengangkutan alternatif. Perbezaan tambang akan diberikan kepada penumpang yang terjejas,” menurut hantaran itu.

Sementara itu setakat 10.37 malam, KTMB memaklumkan tren ETS9449 mengalami kelewatan selama 32 minit, manakala ETS9533 lewat 55 minit berbanding jadual asal, namun kelewatan tren berkemungkinan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan operasi.

KTMB turut memohon maaf atas kesulitan itu dan meminta mereka yang memerlukan bantuan lanjut untuk menghubungi kakitangan stesen bertugas.

 
Back
Top
Log in Register