BTC USD 82,456.7 Gold USD 4,123.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Piala Malaysia 2020

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,648
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,648
Reaction score
38,262
Points
2,836
200px-Trofi-Piala_Malaysia.jpg
​

Piala Malaysia merupakan satu kejohanan bola sepak yang berprestij di negara Malaysia dan antara kejohanan yang tertua di rantau Asia. Ia dipertandingkan pada setiap tahun mengikut format yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan perlawanan akhir Piala Malaysia akan menutup tirai musim tahunan bola sepak negara. Piala Malaysia bermula pada tahun 1921 pada ketika itu Piala Malaya yang merupakan kejohanan bola sepak antara negeri-negeri yang membentuk Tanah Melayu. Kini setelah hampir mencecah 90 tahun, Piala Malaysia masih lagi menjadi rebutan pasukan-pasukan bola sepak tanah air

Senarai Juara Piala Malaysia

Piala Malaysia

2019 JDT [3][0] Kedah
2018 Perak 2 – 2 (AET 3 - 3) (Penalti 5 - 3) Terengganu
2017 Johor Darul Ta'zim 2 – 0 Kedah
2016 Kedah 1 – 1 (6–5 Penalti) Selangor
2015 Selangor 2 – 0 Kedah
2014 Pahang 2 – 2 (5–3 Penalti) Johor Darul Ta'zim
2013 Pahang 1 – 0 Kelantan
2012 Kelantan 3 – 2 ATM
2011 Negeri Sembilan 2 – 1 Terengganu
2010 Kelantan 2 – 1 Negeri Sembilan
2009 Negeri Sembilan 3 – 1 Kelantan
2008 Kedah 3 – 2 Selangor
2007 Kedah 3 – 0 Perak
2006 Perlis 2 – 1 Negeri Sembilan
2005 Selangor 3 – 0 Perlis
2004 Perlis 1 – 0 Kedah
2003 Selangor MPPJ FC 3 – 0 Sabah
2002 Selangor 1 – 0 (gol emas) Sabah
2001 Terengganu 2 – 1 Perak
2000 Perak 2 – 0 Negeri Sembilan
1999 Brunei 2 – 1 Sarawak
1998 Perak 1 – 1 (5-3 Penalti) Terengganu
1997 Selangor 1 – 0 (gol emas) Pahang
1996 Selangor 0 – 0 (5-3 Penalti) Sabah
1995 Selangor 1 – 0 (gol emas) Pahang
1994 Singapura 4 – 0 Pahang
1993 Kedah 2 – 0 Singapura
1992 Pahang 1 – 0 Kedah
1991 Johor 3 – 1 Selangor
1990 Kedah 3 – 1 Singapura
1989 Kuala Lumpur 2 – 1 Kedah
1988 Kuala Lumpur 3 – 0 Kedah
1987 Kuala Lumpur 1 – 0 Kedah
1986 Selangor 6 – 1 Johor
1985 Johor 2 – 0 Kuala Lumpur
1984 Selangor 3 – 1 Pahang
1983 Pahang 3 – 2 (Masa tambahan) Selangor
1982 Selangor 1 – 0 Terengganu
1981 Selangor Selangor 4 – 0 Singapura
1980 Singapura 2 – 1 Selangor
1979 Selangor 2 – 0 Singapura
1978 Selangor 4 – 2 Singapura
1977 Singapura 3 – 2 (Masa tambahan) Pulau Pinang
1976 Selangor 3 – 0 Singapura
1975 Selangor 1 – 0 Singapura
1974 Pulau Pinang 2 – 1 Perak
1973 Selangor 2 – 1 Terengganu
1972 Selangor 3 – 1 Perak
1971 Selangor 3 – 1 Perak
1970 Perak 1 – 0 Kelantan
1969 Selangor 1 – 0 Pulau Pinang
1968 Selangor 8 – 1 Pulau Pinang
1967 Perak 2 – 1 Singapura

Piala HMS Malaya

1966 Selangor 1 – 0 ATM
1965 Singapura 3 – 1 Selangor
1964 Singapura 3 – 2 Perak
1963 Selangor 6 – 2 Pulau Pinang
1962 Selangor 1 – 0 Pulau Pinang
1961 Selangor 4 – 2 Perak
1960 Singapura 2 – 0 Perak
1959 Selangor 4 – 0 Perak
1958 Pulau Pinang 3 – 3 (3-1 Ulangan) Singapura
1957 Perak 3 – 2 Selangor
1956 Selangor 2 – 1 Singapura
1955 Singapura 3 – 1 Kelantan
1954 Pulau Pinang 3 – 0 Singapura
1953 Pulau Pinang 3 – 2 Singapura
1952 Singapura 3 – 2 Pulau Pinang
1951 Singapura 6 – 0 Negeri Perak Perak
1950 Singapura 2 – 0 Pulau Pinang
1949 Selangor 3 – 2 ATM
1948 Negeri Sembilan 2 – 2 (2-1 Ulangan) Selangor
1942-1947 TIDAK DIPERTANDINGKAN
1941 Singapura 2 – 1 Pulau Pinang
1940 Singapura 2 – 0 Kedah
1939 Singapura 3 – 1 Selangor
1938 Selangor 1 – 0 Singapura
1937 Singapura 2 – 1 Selangor
1936 Selangor 1 – 0 Singapura
1935 Selangor 3 – 2 Singapura
1934 Singapura 2 – 1 Pulau Pinang
1933 Singapura 8 – 2 Selangor

Piala Malaya

1932 Singapura 5 – 3 Selangor
1931 Perak 3 – 1 Singapura
1930 Singapura 3 – 0 Selangor
1929 Selangor 2 – 2 (Berkongsi Juara) Singapura
1928 Selangor 2 – 2 (Berkongsi Juara) Singapura
1927 Selangor 8 – 1 Singapura
1926 Perak 1 – 0 Singapura
1925 Singapura 2 – 1 Selangor
1924 Singapura 1 – 0 Selangor
1923 Singapura 2 – 1 Perak
1922 Selangor 3 – 2 Singapura
1921 Singapura 2 – 1 Selangor

Pasukan Terbaik

Selangor - 33
Singapura - 24
Perak - 8
Kedah - 5
Pulau Pinang - 4
Pahang - 4
Negeri Sembilan - 3
Kuala Lumpur - 3
Johor Darul Takzim - 2
Kelantan - 2
Johor - 2
Perlis - 2
Terengganu - 1
Brunei - 1
Selangor MPPJ - 1

Penampilan Final Terbanyak

Selangor - 49
Singapura - 43
Perak - 19
Kedah - 14
Pulau Pinang - 13
Pahang - 8
Negeri Sembilan - 6
Kelantan - 6
Kuala Lumpur - 4
Terengganu - 6
Johor - 3
Perlis - 3
Sabah - 3
ATM - 3
Johor Darul Takzim - 3
Brunei - 1
Selangor MPPJ - 1
Sarawak - 1
 


MFL BERSEDIA JIKA PKP DILANJUTKAN

Malaysian Football League (MFL) telah bersedia dengan beberapa pilihan alternatif bagi meneruskan kalendar bola sepak tempatan pada musim 2020 jika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 sehingga 14 April ini dilanjutkan kepada satu tarikh baharu.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan menjelaskan bahawa keputusan sama ada untuk meneruskan kalendar bola sepak Malaysia turut bergantung dengan arahan pihak Kerajaan daripada sudut bilakah pengumuman status PKP akan berakhir serta nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"MFL sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku dan kami juga bersedia dengan beberapa pilihan jika sekiranya PKP masih lagi dilanjutkan tempoh.

"Untuk makluman segala persiapan dan perancangan MFL melibatkan CIMB Liga Super, Liga Premier, Shopee Piala FA, Challenge Cup, TM Piala Malaysia serta saingan liga amatur M3 kelolaan Amateur Football League (AFL).

"Namun begitu segala keputusan ini masih tertakluk kepada arahan kerajaan berhubung bilakah status PKP akan berakhir dan sebaik tempoh akhir PKP telah diumumkan, MFL akan memaklumkan dengan lebih terperinci berhubung format yang akan digunapakai," katanya.

Artikel penuh ➡️ https://www.malaysianfootballleague.com/portal/news-details?id=405

#MFL
 


​

GALERI SUKAN | MPPJ FC Kelab Pertama Julang Piala Malaysia

Tahukan anda, Kelab Bola Sepak MPPJ FC pernah mencatat sejarah sebagai kelab pertama yang menjulang Piala Malaysia sejak mula dipertandingkan pada tahun 1921
 
https://www.cari.gold/mkn-reject-pe...pada-bulan-julai-2020-pelan-c-jadi-kenyataan/

MKN ‘Reject’ Permohonan FAM/MFL Untuk Sambung Liga Pada Bulan Julai 2020, Pelan C Jadi Kenyataan?
 
https://www.cari.gold/juara-piala-m...-afc-2021-jika-liga-malaysia-2020-diteruskan/

Juara Piala Malaysia Dan Naib Juara Liga Super Dapat Slot Ke Piala AFC 2021 Jika Liga Malaysia 2020 Diteruskan
 
FB_IMG_1603419143515.jpg

​
PINDAAN TARIKH UNDIAN DAN KEJOHANAN TM PIALA MALAYSIA 2020

Malaysian Football League (MFL) telah membuat keputusan untuk meminda tarikh saingan TM Piala Malaysia berikutan situasi semasa penularan pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Dengan undian TM Piala Malaysia bakal diadakan pada 1 November 2020, sepak mula saingan TM Piala Malaysia yang pada awalnya dijadual pada 25-26 Oktober 2020 terpaksa dipinda ke tarikh baharu iaitu 6, 7 dan 8 November 2020.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, keputusan menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah MFL itu dibuat selepas kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober ini.

Jelas Dato’ Ab Ghani lagi, perancangan jadual baharu TM Piala Malaysia 2020 telah mengambil kira perkara-perkara berkaitan termasuk tarikh-tarikh Liga Juara-Juara (ACL) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bermula 19 November 2020 sehingga 4 Disember 2020.

Tarikh sepak mula kejohanan tertua di Asia Tenggara itu berlangsung pada 6, 7 dan 8 November 2020 bermula dengan pusingan pertama 16 pasukan disusuli 12 dan 13 November 2020 (suku akhir), 17 November 2020 (separuh akhir) serta aksi final pada 22 November.

Sebagai rekod, pasukan yang layak beraksi di TM Piala Malaysia 2020 iaitu Selangor, PJ City FC, UiTM FC dan Kuala Lumpur berada dalam kawasan yang telah diisytihar zon merah dan menjalani PKPB di Lembah Klang sementara Sabah dan Kuching FA turut menjalani PKPB serta Prosedur Operasi Standard (SOP) di negeri masing-masing.

“Buat masa ini TM Piala Malaysia 2020 masih berada dalam perancangan untuk diteruskan.

“Pindaan tarikh ini adalah selari dengan saranan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah menetapkan tiada sebarang aktiviti sukan berlangsung dalam situasi COVID-19 khususnya di kawasan atau negeri menjalani PKPB.

“Bagaimanapun, kita masih mempunyai masa yang cukup untuk meneruskan TM Piala Malaysia 2020 memandangkan format baharu tiada saingan peringkat kumpulan.

“Apa yang pasti, MFL akan sentiasa memantau perkembangan terkini mengenai situasi COVID-19 dengan berhubung dengan KBS dan KKM dari masa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Sementara itu, Dato’ Ab Ghani Hassan mengesahkan MFL turut meminda tarikh perlawanan CIMB Liga Super di antara Sabah dengan UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam dan aksi Liga Premier di antara Kuala Lumpur menentang Kuching FA pada 31 Oktober 2020.

“Terdapat satu perlawanan CIMB Liga Super 2020 (Sabah dan UiTM FC) dan satu perlawanan Liga Premier (Kuala Lumpur dan Kuching FA) yang telah dijadualkan semula akibat isu COVID-19.

“Sebelum ini venue bagi perlawanan di antara Sabah melawan UiTM FC pada 10 Oktober 2020 di Stadium Likas, Kota Kinabalu namun terpaksa diubah selepas kawasan terbabit telah diisytihar sebagai zon merah dan telah menyebabkan PKPB dilaksanakan pada 12.01 tengah malam pada 13 Oktober sehingga 26 Oktober 2020.

“Apa yang pasti, perubahan kalendar ini akan menyaksikan setiap pasukan akan mempunyai tempoh rehat dan perjalanan di antara tiga dan empat hari. Saya berharap agar semua pemain dan pegawai terus mematuhi SOP (Prosedur Operasi Standard) bagi memastikan keselamatan diri dan kelancaran saingan Liga Malaysia 2020,” katanya.

#MFL #TMPialaMalaysia2020
 
FB_IMG_1603419293400.jpg

​
👏 Tahniah diucapkan kepada 1️⃣6️⃣ pasukan yang telah layak ke TM Piala Malaysia 2020! 🏆

Undian TM Piala Malaysia bakal diadakan pada 1 November. Pasukan mana yang akan mara ke pentas akhir nanti? 🤩

#TMPialaMalaysia2020
 
FB_IMG_1603419513892.jpg

​
KUCHING FA DAN KELANTAN UNITED MAHU LAKAR KEJUTAN DALAM TM PIALA MALAYSIA

Penyerang Kuching FA, Joseph Kalang Tie menganggap kejayaan layak ke TM Piala Malaysia musim ini sesuatu yang cukup membanggakan meskipun sebelum ini sudah merasa saat itu ketika bersama pasukan yang lebih gah.

Bekas pemain kebangsaan ini pernah menempa nama ketika bersama pasukan elit seperti Terengganu (2016), Pahang (2017) dan Selangor (2018) sebelum membuat keputusan untuk beraksi bersama Kuching FA musim lalu dalam saingan Liga M3 sehingga layak ke Liga Premier musim ini.

Justeru, dia melihat pencapaian yang telah diraih bersama Kuching FA sehingga kini cukup memberi kelainan kepada dirinya kerana bukan mudah untuk merebut slot ke TM Piala Malaysia selaku pendatang baharu dalam Liga Premier 2020.

Tidak dinafikan, aksi bersama pasukan seperti Selangor dan Pahang sehingga layak ke saingan Piala Malaysia sebelum ini sememangnya memberi pengalaman berharga buat dirinya dan bertekad untuk mencipta pengalaman lebih bermakna bersama Kuching FA pula.

“Memang ikutkan pasukan kami cukup bertuah dan satu rezeki apabila layak ke TM Piala Malaysia kerana sasaran awal adalah untuk kekal dalam saingan Liga Premier sahaja.

“Saya tidak nafikan pengalaman bersama pasukan lebih hebat seperti Pahang dan Selangor sehingga kami layak dalam Piala Malaysia memang bermakna, dan kali ini, apabila saya layak bersama pasukan baharu seperti Kuching FA, itu yang buat saya rasa lebih bangga.

“Jika tengok daripada awal musim, Kuching FA begitu bergelut dengan kekalahan demi kekalahan sebelum akhirnya kami bangkit untuk raih kemenangan dalam empat perlawanan terakhir, jadi ini membuktikan sikap tidak putus asa satu pasukan menjadikan ia sesuatu yang manis untuk dikenang.

“Apa-apa pun, sebagai pasukan bukan pilihan, kami ingin fokus satu-satu perlawanan dahulu dan cukup beruntung jika berjaya mara lebih jauh dalam saingan ini”, jelasnya.

Selain Kuching FA, Kelantan United FC juga tidak terlepas berjaya meraih slot ke TM Piala Malaysia buat kali pertama.

Pengendali baharu mereka, Nazrulerwan Makmor meletakkan sasaran awal untuk mara ke suku akhir terlebih dahulu memandangan perlawanan pusingan pertama TM Piala Malaysia adalah kalah mati di mana apa-apa sahaja boleh berlaku dalam perlawanan tersebut.

Paling utama, beliau berazam ingin membawa kembali memori indah penyokong Kelantan suatu ketika dahulu bersama skuad Kelantan United pula meskipun hadir selaku pasukan baharu.

“Apabila saya diberi kepercayaan untuk mengemudi pasukan ini, saya tahu ia akan menjadi tugas mencabar dan tanggungjawab besar sebab ini adalah pasukan yang mempunyai penyokong yang hebat dan fanatik dalam negeri Kelantan.

“Jadi, apabila Kelantan United layak ke TM Piala Malaysia buat kali pertama, saya rasa ini adalah peluang yang tidak boleh disia-siakan, dan kami perlu berusaha keras untuk cuba layak ke suku akhir terlebih dahulu.

“Dalam tempoh lebih kurang tiga minggu ini, saya akan mempersiapkan pasukan sebaik mungkin khususnya memperkemaskan lagi posisi di bahagian tengah dan serangan”, katanya.

Kelantan United FC mengakhiri saingan Liga Premier 2020 di tempat ke-8 manakala Kuching FA setakat ini di kedudukan ke-6 dan masih mempunyai satu lagi perlawanan menentang Kuala Lumpur pada 31 Oktober ini.

#TMPialaMalaysia2020
 
Back
Top
Log in Register