BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PH Kelantan tak puas hati

akuehebat

Super Active Member
gem
Messages
9,377
Joined
Jan 12, 2012
Messages
9,377
Reaction score
1,143
Points
141
PAKATAN Harapan (PH) Kelantan masih mengharapkan wakil pimpinan negeri itu diberi peluang untuk mengisi jawatan sebagai menteri dan timbalan menteri bagi mengimbangi kuasa di peringkat Pusat dan negeri.

Pengarah Komunikasi PKR Kelantan, Mohd Sukirman Mustafa berkata, ini kerana tidak pernah Kelantan tidak mempunyai wakil menteri walaupun negeri itu sekian lama diperintah PAS.

Katanya, walaupun calon ketiga-tiga parti dalam PH gagal memenangi sebarang kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, namun jawatan berkenaan penting.

“Berdasarkan senarai nama yang tular, tiada nama wakil dari Kelantan yang tersenarai namun masih ada beberapa lagi kekosongan. Malah, beberapa jawatan dalam kerajaan juga belum diisi termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

“Justeru kita berlapang dada sekiranya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi peluang kepada pemimpin PH dari Kelantan dan Terengganu.

“Kita bukan berebutkan jawatan namun untuk imbangi kuasa, perlu ada wakil. Malah Kelantan juga mempunyai tokoh untuk diangkat bagi mengisi jawatan berkenaan,” katanya kepada NSTP, di Kota Bharu, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan, wakil rakyat PKR dijangka paling ramai mengisi barisan Kabinet, diikuti DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Anggota Kabinet baharu akan mengangkat sumpah Isnin depan, tambahan kepada 13 menteri dilantik pada 21 Mei lalu.
 
Boleh nk imbangi tapi kene menang la.. Ni kalah..
 
bertanding kalah...pastu demand jawatan...haha...
 
Orang kelantan taknak hampa sebagai wakil rakyat depa, maka kerajaan tak perlu pilih hampa jadi wakil pemimpin untuk orang kelantan.
 
Tuuuuuudiaaaaaaaa!!!!!
 
dah kalah pulak nak mintak2 jawatan..

muka tak malu tul laa..

buat keje dulu..bg menang kat kelantan ngan ganu..

konon takmo rebut jawatan..
 
Kah kah kah..dah kalah meminta2 pula...sorry la..tapi bagi aku..tak perlu la kot.kalah teruk..aku g pantai timur pun usaha nak tarik orang sana kurang.banner bendera banyak bn&pas punya jer
 
Back
Top
Log in Register