BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PGA Serbu Premis Proses Sisa Plastik, Jumlah Rampasan RM2.432 Juta

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
6d8400bfb8307c1c60841d7ecb16030a69a0f5e682c3e

Kredit : PGA Briged Utara

Polis menyerbu sebuah premis menjalankan pemprosesan sisa plastik tanpa kelulusan pihak berkuasa dan merampas pelbagai mesin serta biji plastik dengan nilai keseluruhan RM2.432 juta di Sungai Lembu di sini pada 24 Feb.

Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) SAC Balveer Singh berkata Ops Taring Alpha 5 dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang dijalankan hasil maklumat risikan terhadap premis itu.

“Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an dipercayai pemilik premis dan pemeriksaan menemukan beberapa mesin mencuci, mesin penyemperit, 120 guni mengandungi plastik belum diproses dan 100 guni berisi bijian plastik siap diproses,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Balveer Singh berkata premis itu dipercayai beroperasi awal 2025 dan mendapatkan bekalan sisa plastik daripada kilang semikonduktor di kawasan sekitar.

Beliau berkata fasiliti dalam premis itu digunakan untuk memproses bahan dan bijian plastik yang telah diproses sebelum dihantar ke kilang berhampiran untuk menghasilkan produk berasaskan plastik.

Kes diserahkan kepada JAS Pulau Pinang dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

 
Back
Top
Log in Register