BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PGA Serbu Kilang Proses Plastik Tanpa Kelulusan, Rampasan Bernilai Lebih RM5 Juta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
1ba99f9c9e4a71c60dc9adf7b7744b7c69a1a3a323c7e

11668460c8aaebfc06a2c63bf8d8abd269a1a3c98daad

ff80046e1e9a8a00b1d126c3e49c0a8669a1a3dccce9c

e21dd02178810e9e9b363d9b63649ba969a1a40fb41f5

Kredit: PGA

Polis merampas pelbagai kemudahan dan mesin yang digunakan untuk memproses plastik buangan tanpa kelulusan dengan nilai keseluruhan RM5.012 juta di sebuah premis di Sungkai pada 25 Feb lepas.

Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) SAC Balveer Singh berkata pihaknya dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Daerah Batang Padang, Tapah serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah telah melaksanakan Ops Taring Alpha 5 kira-kira 10 pagi.

“Polis berjaya menahan seorang wanita tempatan berusia 30-an dipercayai kerani dan 11 lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 23 hingga 55 tahun dipercayai pekerja di premis itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis itu telah memasang dan mengendalikan beberapa kemudahan pemprosesan plastik tanpa notifikasi dan kelulusan daripada pihak JAS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Balveer berkata siasatan awal mendapati suspek menjadikan premis yang beroperasi lebih enam tahun itu sebagai lokasi pemprosesan material plastik yang diperoleh di sekitar Lembah Klang tanpa kelulusan pihak JAS.

Beliau berkata 11 unit telefon bimbit pelbagai jenama turut dirampas dalam serbuan berkenaan.

“Kes diserahkan kepada JAS Perak dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 38 (1) (a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 manakala kesemua warga Bangladesh diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tapah untuk siasatan di bawah Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register