BTC USD 84,304.0 Gold USD 4,274.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

***Petua Pancing & Pemancing***

Aku harap mana2 anggota kelab pancing CG yg amalkan petua ni sila jgn mancing ngan aku yek..:D:D:o:o


cuak ko....:)) :))

adeiii......karang ikan tak tentu dpt...yg "lain" lak dpt.....huhuhuhu

seriau aku weh...
 
ak pooong naK kongsi gak pasal tip pancing2x nie,..:D

ak jumpe kat satu forum pasal pancing
...baca smpai lebammm!!:D
PERALATAN MEMANCING

a. TALI PANCING
• Tali yang digunakan untuk memancing sesuatu spesis ikan perlu tak terlalu kasar, namun tak teralu halus. Dengan ini, ikan tidak lah boleh memutuskan tali dengan senang dan terseksa dengan mata kail dimulutnya.
• Tali mesin kekili (main line): Tali tangsi (nylon) atau tali sulam (braided) boleh digunakan. Tali dawai tidak boleh digunakan.
• Tali tambahan gelung kekili (line backing): Jika tali tambahan disambung kepada tali mesin kekili, ia tidak boleh melebihi 130 paun (60 kg.). Tankapan ikan akan diiktiraf dibawah tali yang lebih berat.
• Tali pendua (Double line): Jika tali pendua digunakan, maka ia perlu dibuat dari tali mesin kelili. Panjang maksima adalah seperti berikut:
o Perairan air masin, tali sehingga 20 paun (10 kg): 15 kaki (4.57 m.)
o Perairan air masin, tali lebih dari 20 paun hingga 130 paun: 30 kaki (9.14 m.)
o Air tawar, semua saiz tali: 6 kaki (1.82 m.)
• Tali perambut (Leader): Jika menggunkan tali perambut, anda perlu mematuhi spesifikasi berikut:
o Perambut harus disambung ke tali mesin melalui kekili, sambungan (knot) atau sebagainya.
Tiada peraturan mengenai saiz atau jenis bahan perambut.
o Panjang maksima perambut adalah seperti berikut:
§ Air masin, perambut sehingga 20 lb (10 kg): 15 kaki (4.57 m.). Jumlah panjang perambut dan tali pendua tidak boleh melebehi 20 kaki (6.1 m.)
§ Air masin, perambut lebih 20 lb sehingga 130 lb (60 kg): 30 kaki (9.14 m.). Jumlah perambut dan tali pendua tidak boleh melebihi 40 kaki (12.19 m)
§ Air tawar, semua saiz tali perambut: 6 kaki (1.82 m.). Jumlah panjang perambut dan tali pendua tidak boleh melebihi 10 feet (3.04 m.)

b. MATA KAIL
• Untuk umpan ikan hidup mati: Tidak lebih dari dua mata kail perlu gunakan. Kedua-dua mata kail perlu dibenamkan kedalam umpan. Tidak diibenarkan mata kail yang tergantung bebas. Mata dua atau mata tiga tidak dibenarkan.
• Ikatan dua mata kail bagi pancingan dasar hanya dibenarkan jika menggunakan dua perambut berasingan dan juga jika tidak menggunakan mata dua atau mata tiga. Setiap mata kail mestilah dibenamkan kedalam umpan masing-masing. Jarak antara mata kail mestilah agak jauh, supaya jika seekor ikan telah memakan umpan, mata kail yang kedua tidak mencucuk badan nya (foul hook).
• Mata kail untuk gewang: Bila menggunakan gewang yang ada “skirt” atau bahan yang bertali darinya, tidal lebih dari dua mata kail dibenarkan disambung kepada tali pperambut.. Mata kail kedua tidak boleh jauh kebelakang bahan yang bertali (skirt) itu.
• Mata pendua atau mata tiga dibenarkan baggi gewang lain.
• Gunakan mata kail yang tidak bertaji jika boleh. Keberkesanan mata kail ini sama dengan mata kail biasa. Kadangkala, ia lebih berkesan! Jika berlaku kemalangan kepada ikan atau pun pemancing, ia jauh lebih senang dilucutkan!

c. MESIN KEILI
• Mesin kekili mestilah secucuk dengan adat resam dan etika memacing.
• Mesin kekili yang menggunakan kuasa elektrik atau sebagainya, tidak disyorkan, dan tidak dibenarkan bagi pertandingan memancing.
• Mesin kekili yang menggunakan alat “ratchet” juga tidak disyorkan, dan tidak dibenarkan dalam pertandingan memancing.

d. JORAN
• Joran mestilah secucuk dengan adat resam dan etika memancing.
• Penghujung joran (dari tapak mesin kekili hingga ke hujung atas joran) perlulah sekurang-kurangnya 40 inci (101.6 sm) Pangkal joran (dari tapak mesin kekili hingga hujung bawah joran) tidak boleh lebih dari 27 inci (68.58 sm).
• Ukuran-ukuran diatas tidak digunakan bagi bidang memancing pantai, “coarse fishing” atau “pole fishing”The above measurements do not apply to surfcasting, coarse fishing and pole fishing rods.
TIPS MEMANCING DI DARATAN

Memancing dilaut terdapat perbagai cara dan vairasi tersendiri yang boleh kita kongsi bersama. Variasi mengenai teknik memancing ini sangat penting kepada kaki pancing untuk menaikkan ikan mengikut keadaan laut tersebut dan juga jenis-jenis ikan yang terdapat disitu. Jadi, mari kita berkongsi maklumat mengenai teknik memancing laut. Memancing di laut terdapat dua jenis iaitu memancing dari daratan(Inshore) dan Memancing dari Tengah laut(offshore).

Sekarang mari kita lihat bagaimana teknik memancing dari daratan dipraktikkan. Memancing dari daratan terbahagi daripada beberapa jenis iaitu;
1. Surfishing: Memancing pantai biasanya dilakukan di pinggir-pinggir pantai yang berpasir dan landai yang biasanya kaki pancing menggunakan spinning bagi menarik perhatian ikan yang ingin dipancing. Umpan yang biasanya digunakan adalah seperti umpun-umpun, udang, hirisan ikan, ikan hidup dan juga umpan tiruan.
2. Pierfishing: Pierfishing adalah memancing dari dermaga, pelabuhan atau pemecah ombak. Biasanya teknik dan umpan yang digunakan adalah sama dengan surfishing.
3. Rockfishing: Rockfishing adalah panggilan bagi memancing di lokasi berbatu karang dan sukar dicapai. Ikan di lokasi ini adalah lebih besar berbanding surfishing dan pierfishing namun ia adalah sukar dicapai untuk memancing di lokasi ini. Silap-silap umpan lebih banyak tersangkut berbanding dapat ikan. Teknik memancing dan umpan yang biasa digunakan adalah masih sama cuma keadaan yang berkarang menyukarkan kaki pancing untuk memancing dalam keadaan berkarang.



..cont..
 
TIPS MEMANCING LAUT DALAM

Memancing di laut dalam adalah sesuatu yang sangat digemari kaki pancing kerana ikannya yang buas dan besar, dan tarikannya juga ganas. Memancing laut dalam juga terdapat variasi teknik seperti memancing daratan, malahan lebih bervariasi berbanding memancing daratan. Teknik Memancing yang biasa digunakan kaki pancing adalah seperti berikut;



1. Bottom Fishing: Ia adalah teknik memancing dasar iaitu pemancing memancing dari atas bot dan memancing dengan melabuhkan joran ke lokasi yang dirasakan berpotensi untuk mendapatkan ikan. Pemberat digunakan dipanggil batu ladung diperbuat daripada timah padat dan digunakan untuk menenggelamkan umpan ke dasar laut. Saiz batu ladung ditentukan berdasarkan kepada kekuatan arus laut. Umpan yang biasanya digunakan adalah seperti udang, hirisan ikan, ikan hidup, sotong, dan lain-lain.


2. Jerking: Teknik ini menggunakan umpan tiruan yang berat untuk memancing ikan.Umpan biasanye menyerupai ikan, udang atau cacing. Pemberat digunakan untuk untuk menenggelamkan umpan dan untuk turun ke dasar laut. Joran dihenjut dengan pantas bagi menghasilkan gerakan seakan-akan umpan hidup agar dapat menarik perhatian ikan. Joran dibaling dan proses dilakukan berulang kali sehingga umpan disambar. Joran perlu digulung laju dan memerlukan stamina yang tinggi untuk melakukan teknik ini.


3. Drifting: Teknik ini adalah teknik dimana kaki pancing menghanyutkan umpan menggunakan pelampung ataupun belon tanpa menggunakan pemberat seperti batu ladung. Penggunaan pelampung menghasilkan kesan hanyutan. Teknik ini juga sesuai untuk tempat-tempat yang berbatu karang, berarus sederhana dan berangin. Ia juga sesuai dilakukan pada waktu siang ataupun malam.


4. Trolling: trolling atau memancing secara tunda biasanya menggunakan umpan ikan, gewang ataupun sotong. Biasanya teknik tunda ini digunakan untuk memancing ikan yang bersaiz besar. Tundaan dilakukan pada kelajuan antara 5-10 batu nautika sejam dan sesuai dilakukan pada waktu siang.



UMPAN LAUT DALAM



Umpan pancing adalah sesuatu yang paling penting dalam memancing, kalau silap pilih umpan pancing maknanya kaki pancing pulang dengan tangan kosonglah(jawabnya kena beli ikan dipasarlah). Biasanya kaki pancing menggunakan umpan pancing yang hidup atau umpan yang segar, mata pun jernih lagi. Nak mencari umpan segar tak terlau susah, biasanya kaki pancing menggunakan apollo untuk mencari ikan. Biasanya ikan segar yang digunakan;



1. Tamban
2. Selar
3. Kembong
4. Sotong
5. Tongkol



...cont:)
 
Penggunaan gewang juga sesuai untuk memancing laut dalam cuma kenalah pandai memilih jenis gewang yang sesuai mengikut cuaca, keadaan laut dan kedalaman laut. Jadi sebelum kelaut, pastikan mata apollo dan gewang sudah tersedia, jika tak, alamatnya melopoong la....



MENUNDA GEWANG / CASTING




Kerja-kerja menunda bukannya mudah seperti yang disangkakan,

bukan sekadar melabuhkan gewang dan tunggu sehingga kekili

menjerit. Jarak dan kedudukan gewang serta selamanya harus

diambil kira selain sikap sporting pemancing apabila rakan

sebelah sedang bertarung. Dibawah akan dinyatakan beberapa tips

bagi mereka yang baru menceburkan diri.Terdapat juga gambarajah

yang menunjukkan bagaimana susunan gewang yang dikehendaki untuk

mengelakkan ia dari bersimpul dengan tali pemancing di sebelah.

Laraskan dan pastikan sistem tegangan berada dalam keadaan yang

baik, jangan terlalu maksimum untuk mengelakkan joran anda patah

dan tali anda putus akibat dari 'bebanan' pada gewang. Jika

kekili anda sedang menyalak, pastikan tekong memberhentikan bot

untuk memberi peluang kepada anda bertarung.Gunakan joran yang

sesuai untuk kerja-kerja menunda serta pastikan gewang anda

telah diikat dengan perambut dawai kerana kita tidak tahu

spesies yang akan membahamnya.Kebanyakan mangsa yang menerkam

gewang mempunyai gigi yang menggerunkan seperti alu-alu dan

tenggiri. Turunkan gewang dengan serentak semasa menunda dapat

mengelakkan ia dari bercium sesama sendiri serta dapat mengagak

kedudukan yang dikehendaki. Sebagai contoh dalam kaedah 1:

selesai pemancing pertama melepaskan tali dan berhenti pada

kedudukan yang dikehendaki, pemancing kedua di tengah masih lagi

melepaskan tali dan berhenti pada kedudukannya.Begitulah

seterusnya untuk pemancing yang ketiga.


...cont:)
 
TIPS MEMANCING DI DARATAN

Memancing dilaut terdapat perbagai cara dan vairasi tersendiri yang boleh kita kongsi bersama. Variasi mengenai teknik memancing ini sangat penting kepada kaki pancing untuk menaikkan ikan mengikut keadaan laut tersebut dan juga jenis-jenis ikan yang terdapat disitu. Jadi, mari kita berkongsi maklumat mengenai teknik memancing laut. Memancing di laut terdapat dua jenis iaitu memancing dari daratan(Inshore) dan Memancing dari Tengah laut(offshore).

Sekarang mari kita lihat bagaimana teknik memancing dari daratan dipraktikkan. Memancing dari daratan terbahagi daripada beberapa jenis iaitu;
1. Surfishing: Memancing pantai biasanya dilakukan di pinggir-pinggir pantai yang berpasir dan landai yang biasanya kaki pancing menggunakan spinning bagi menarik perhatian ikan yang ingin dipancing. Umpan yang biasanya digunakan adalah seperti umpun-umpun, udang, hirisan ikan, ikan hidup dan juga umpan tiruan.
2. Pierfishing: Pierfishing adalah memancing dari dermaga, pelabuhan atau pemecah ombak. Biasanya teknik dan umpan yang digunakan adalah sama dengan surfishing.
3. Rockfishing: Rockfishing adalah panggilan bagi memancing di lokasi berbatu karang dan sukar dicapai. Ikan di lokasi ini adalah lebih besar berbanding surfishing dan pierfishing namun ia adalah sukar dicapai untuk memancing di lokasi ini. Silap-silap umpan lebih banyak tersangkut berbanding dapat ikan. Teknik memancing dan umpan yang biasa digunakan adalah masih sama cuma keadaan yang berkarang menyukarkan kaki pancing untuk memancing dalam keadaan berkarang.


UMPAN SUNGAI / AIR TAWAR

Memancing di sungai adalah salah satu kegemaran kaki pancing yang menggemari ikan air tawar atau sekadar melepasakan gian memancing(sebab hujan, tak dapat la turun laut). Biasanya pemancing sungai mengemari sungai-sungai serta anak sungai, paya, tali air, kolam dan lombong. Umpan yang digunakan juga ringkas dan mudah seperti;
1. cacing
2. anak udang
3. anak ikan
4. dedak
5. katak
6. roti
7. telur kerengga
8. cengkerik

JENIS GEWANG DAN KESESUAIAN

Gewang atau rapala terdapat boleh didapati dalam perbagai jenis dan warna yang boleh dipilih oleh kaki pancing, tetapi tahukah bahawa setiap warna gewang memainkan peranan penting di dalam menentukan kejayaan untuk memancing? Setiap warna gewang/rapala digunakan berbeza mengikut kecerahan air dan persekitaran memancing, jadi pemilihan gewang/rapala adalah penting dengan melihat kepada tahap kejernihan air dan kecerahan persekitaran sebelum memancing. Jadi kepada kaki pancing, pilihlah yang tebaik. Sekarang mari kita lihat warna dan kesesuaian gewang/rapala untuk tatapan kaki pancing;
1. Gewang perak (S)-Untuk persekitaran yang cerah dan air yang xjernih, gewang ini adalah disyorkan.
2. Gewang perak/biru (S-Untuk memancing pada air yang dalam dan cerah, gewang ini adalah disyorkan.
3. Gewang emas (G)-Untuk memancing pada air yang keruh atau pada persekitaran gelap, gewang ini adalah sesuai digunakan.
4. Gewang emas/merah flurosent (GFR)-Untuk memancing pada persekitaran yang berlumpur atau pada air yang sangat keruh, gewang ini adalah bagus digunakan.
5. Gewang perak/sitrus flurosent (SFC)-Untuk memancing pada persekitaran yang sangat gelap atau persekitaran yang sangat dalam.



MENGAWAL JORAN

Kepada kaki pancing yang selalu memancing di celah-celah pokok kayu atau di celah-elah batu karang pasti sudah biasa berlaku kejadian ikan terbelit di celah-celah kayu dalam usaha untuk melarikan diri. Perkara ini mesti menjadi satu kerugian besar kepada kai pancing, bukan saja ikan terlepas, silap-silap mata kail pun hilang. Jadi saya nak berkongsi bersama semua kaki pancing tentang cara-cara untuk mengawal joran dengan baik supaya ikan yang dihajati tak terlepas dan tak membuang masa kaki pancing.
1. Apabila ikan menarik umpan, luruskan joran supaya selari dengan tali, dengan ini ikan akan berbenang secara selari juga.
2.Apabila ikan berhenti, tarik secara menegak supaya ikan tersebut tidak bergerak kiri dan kanan, atau terus tarik secara menegak.
3. Jangan ikut pergerakan ikan tersebut, jika tidak, ikan yang dihajati akan terlepas. Dengan cara ini, kemungkinan untuk kaki pancing mendapatkan ikan lebih tinggi. Selamat mencuba


...cont:)
 
TIPS MEMANCING UDANG GALAH

PerkaraUtama berbincanglah dengan rakan, tarikh, masa dan lubuk yang akan dituju untuk aktiviti memancing udang.(menaiki bot). Persiapan awal antaranya engin sangkut 4 – 15 kuasa kuda, pendayung, sauh, tali, membuat perambut awal, peralatan memancing yang dikira lengkap, tidak lupa jaket keselamatan dan jika ingin memancing malam jangan lupa lampu suluh dan '‘lampu kalimantan'’atau '‘lampu ayam'’ Umpan perlu dicari terutama cacing tanah atau anak udang(yang dibungkus dalam suratkabar dan disimpan didalam peti sejuk,bagi mempastikan kesegarannya).
Peralatan
1. Joran dan Kekili untuk memancing udang biarlah jenis ringan. Joran halus sebaiknya dalam 4 1/2 kaki panjang dan Kekili tidaklah perlu besar.
2. Tali Utama seeloknya antara 10 - 15 paun manakala perambut pula antara 6 – 8 paun.
3. Saiz batu ladung kebiasaannya antara no: 5 – 6. Saiz batu ladung yang kecil boleh digunakan ketika arus sungai bergerak perlahan.
4. Beberapa jenama mata kail kecil boleh digunakan tetapi biasanya ialah antara no: 7 – 10 menjadi pilihan utama. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri.
Umpan (Rujuk Menu Utama Kelab ATUR – Bah. Umpan)
Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail, antaranya cacing, perumpun, udang kecil, isi ikan. Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut.

Cara Memancing (dari atas sampan)

1. Untuk memancing diatas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 – 16 kaki.
2. Lima batang joran seorang adalah bertepatan dan jika ada yang baru belajar mereka bolehlah bermula dengan 2 –3 batang dulu. Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.
3. Susunan joran diatas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.
4. Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.
5. Jika sudah pasti udang telah menelan umpan(dgn. Melihat henjutan dihujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. Disinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang samada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.

Makluman

i. Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan.
ii. Kadang kala udang memakan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan.
iii. Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan.
iv. Ada yang menarik umpan dengan keadaan separuh malu.
v. Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar. (jangan terkejut) jawapan akan diketahui diseparuh perjalanan udang semasa hendak dinaikkan.

Mencari Lubuk

1. Perhatikan kawasan yang mempunyai banyak makanan (buangan) serta kawasan yang senang udang bersembunyi.
2. Kawasan berteluk berarus sederhana laju.
3. Kawasan yang mudah tersangkut yang terdapat banyak ranting-ranting pokok serta akar-akar pokok didalam air.
4. Memandangkan jadual air berubah setiap hari, kedudukan udang juga begitu, adakalanya udang galah suka bermain ditengah sungai terutama bila air bergerak sederhana laju.

Panduan

1. Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang.
2. Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.
3. Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca/air yang sejuk.
4. Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 4 –5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.
5. Gangguan spt. Anak-anak ikan, dan sebagainya adalah cabaran dalam menahan kesabaran.
6. Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing ditengah sungai.
7. Jika sungai kecil (hulu) tali boleh direntang didalam usaha mencari lubuk udang.


p/s..Jika kite sanggup brkongsi maka,.. Allah akan membukakan hati orang laen untuk berkongsi dengan kite:)
 
TQ ats tips pjg lebar tuan fadel.. moga kaki2 pancing sume dpt manfaat..
pssst: baca pelan2 aa..mesti jmpe yg baek punyer...
 
TQ ats tips pjg lebar tuan fadel.. moga kaki2 pancing sume dpt manfaat..
pssst: baca pelan2 aa..mesti jmpe yg baek punyer...



Tq Adika:),...thanks bro..
 
Back
Top
Log in Register