BTC USD 83,389.5 Gold USD 4,281.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Petronas tipu..?????

Stesen Minyak Pilihan Anda?


  • Total voters
    0
aku dah lama x isi minyak jenama P ni..dah lama aku tau sebab aku pernah ada pengalaman beli minyak isi dalam botol...memng jauh beza jenama P dengan jenama lain
 
Just nk share..selalunya aku isi Shell/Esso RM60-70 boleh sampai ke kampung (Klang-Kedah).Aku try isi P,nk kena buat pit stop utk isi minyak lagi. Kelajuan menten je 110/120km/j.Cerita ni dlm 3 thn lps la. Lps tu aku dah x penah isi P.X tahu la skrg ni dah ok ke tak minyak P slps penambahbaikan.
Mintak maaf kalau ada yg terasa.
 
isi P kalau dah terdesak sangat je .....
terutama hujung bulan sbb ada cc petronas
bkn tak patriotik tp tak puas hati dgn kualiti myk P
 
Berita dari Kosma beberapa hari lepas...

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0420&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

PPIM dakwa pam laju keluarkan sedikit minyak

KUANTAN - Jika bil air tinggi disebabkan air yang dipam bersama tekanan udara, demikian juga ketika mengisi minyak di stesen minyak.

"Pam dengan perlahan kita dapat banyak minyak. Pam dengan laju, dapat sedikit," demikian dakwa Pengurus Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin.

Menurutnya, keadaan itu tidak disedari kebanyakan pengguna kerana mereka tidak peduli kuantiti sebenar minyak yang dipam.

Wartawan Kosmo! yang ingin menguji dakwaan Noor Nirwandy itu telah mengisi minyak ke dalam dua botol di dua stesen minyak berasingan dan mendapati kuantitinya berbeza walaupun harga yang dibayar adalah sama.

Noor Nirwandy berkata, keadaan tersebut berlaku apabila petrol yang diisi telah bercampur wap semasa dipam.

"Ia menjadikan paparan digit pada mesin pam menunjukkan minyak yang dipam adalah satu liter namun kuantitinya sedikit berbeza disebabkan kemasukan bersama udara (wap). Bagaimanapun, kami belum membuat kajian terperinci mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, pihaknya juga kerap menerima aduan dan mengakui perkara tersebut memang berlaku namun hasilnya bergantung kepada cara pengguna mengisi minyak.

"Lebih baik isi minyak dengan perlahan bagi mengelak kemasukan udara yang banyak ke dalam tangki kenderaan.

"Pengguna juga boleh mengelak kemasukan udara bersama minyak dengan mengisi petrol pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk kerana jumlah wap di dalam tangki petrol bawah tanah adalah lebih rendah berbanding ketika cuaca panas," jelasnya.


ni pulak antara e-mel yg pernah aku terima..

EMEL 1
Sukatan berbeza antara stesen minyak...
Assalamualaikum....
Saya nak tanya la kan....adakah benar khabar yg saya dengar, bahawa sukatan minyak ni berbeza di antara stesen atau ini adalah satu strategi untuk menjatuhkan stesen minyak yg tertentu???

tgk komen kawan2 saya ye...

"mengikut ckp lecturer aku (bekas engineer perodua bahagian QC)..ada seorang supplier yg selalu hantar brg kat perodua..supplier ni selalu calibrate meter sukatan stesen2 minyak ni...dia kata minyak petronas paling tak betul suktan dia..mmg tak menepati suktan yg ditetapkan.. kita ni nk banggakan barangan buatan malaysia...tp macam kena tipu...korang rasa tertipu tak?"

EMEL2
"cuba hangpa cari 5 botol air mineral yg sama bentuk dan saiz.
lepas tu hangpa p tiap-tiap jenama stesen minyak di malaysia,petronas, shell, BHP, mobil dan esso.
tiap tiap jenama minyak hangpa isi rm1. balik di rumah susun ke semua botol tersebut.
hasilnya, botol berisi minyak petronas paling sedikit.paling banyak di esso, yang lain balance.
macam mana boleh jadi begitu?? aku dah buat ujikaji ni 3 kali.hasil tetap sama.
bila aku isi minyak petronas cepat benor habis?berbanding minyak yang lain.
kenapa dan mengapa?? ?? teman pun tak tau nak jawab !!!!!!"

EMEL3
Boikot minyak Petronas.... - Penipu

Wahai warga Malaysia sekelian.... . Hebahkanlah cerita benar
ini kpd rakan2 anda sekelian mengapa perlu boikot minyak
Petronas.... .

Sebenarnya semua warga Malaysia kena tipu dengan dasar
kenaikan harga minyak ni.. baru2 ni kenaikan harga minyak
sebanyak RM0.78. Tinggi tuuuuu. Mengapa kita perlu menaikkan
harga minyak setinggi tuuuuuuu....
Haaaaaa ini lah yang warga Malaysia tak tahu.... Sebenarnya
kita ni duduk je Malaysia ... tapi minyak yang kita cari gali di Trengganu & Sarawak tu, kita tak penah pakai pun...
Minyak yang kita gali tu ialah minyak Gred A... Diulangi Minyak Gred A.......semua minyak tersebut dijual keseluruhannya keluar negara... jadi Petronas telah beli pulak minyak gred C...
Diulang Gred C..... untuk digunakan di Malaysia dan diletak logo Petronas....

Dalam kajian oleh syarikat2 kereta yg BUKAN KERETA NASIONAL, bahawa minyak petronas ini adalah minyak paling kotor sekali maklumlah minyak gred C.
(Kawan saya yg mahir dlm bab pengendalian enjin kereta mengesahkan minyak Petronas terlalu banyak karbon dan tak elok utk enjin - ini fakta)
Minyak yang paling bersih adalah minyak Caltex @ Mobil/Esso
@ Shell. Mengapa minyak tersebut lebih bersih??? Sebab
minyak tersebut adalah dari gred B...
Inilah yg rakyat Malaysia tak tahu...kenaikan harga minyak disebabkan kenaikan harga minyak dunia yang dikawal oleh US yg mana setong hampir mencecah USD 130.00..
Semua orng tertanya-tanya mengapa kita negara pengeluar minyak kena mengikut harga minyak dunia kan . Itu lah antara sebab2 nye...
Untuk pengetahuan anda semua... semasa kenaikan harga minyak
dari RM 1.62 kepada RM 1.92 anda pasti pernah menerima E-mail yang mengatakan "isilah minyak petronas ramai-ramai. Jika semua rakyat malaysia isi minyak petronas, harga minyak tidak akan naik"...Semua e-mail tersebut adalah mengarut. Anda semua kena tipu..... Minyak tetap naik jugak kan ..
Sebenarnya yang untung paling besar adalah sebahagian orang2 besar kat atas tu dan org2 yang bekerja dengan petronas... sebab bila reramai isi minyak petronas, makin besar lah untung petronas...bila makin besar untung... makin besar lah bonus yang orang2 petronas dapat...
Tahun lepas sahaja bonus org2 petronas dapat antara 6-13 bulan bergantung pada perkhidmatan. ..Tapi yang petronas istihar ialah 2 bulan bonus sahaja...Bonus yang selebihnya diletakkan atas nama saguhati....
Dahsyat betul diaorg menipu rakyat..mengambil untung dari hasil perut bumi yang ALLAH bagi tanpa mengagihkan sama rata kepada rakyat....
Cerita ini bukan rekaan tetapi cerita ini aku perolehi sendiri dari abg ipar aku yg bekerja di KLCC. Dia yg menguruskan sendiri Jualan minyak Gred A kita keluar dan membeli Minyak Gred C untuk di pakai di Malaysia ...
masa aku dengar dia bercerita menyirap jugak darah aku bila dia cakap "bonus aku tahun ni 9 bulan (masa tu tahun 2007) "dah la gaji dia rm 6+++...Siapa yang keja kerajaan tahun 2007 mana ada bonus....
Pasal Peraduan Car Craze...... Yang menang tu semua org yg senang2 dan ada contribute dgn petronas... apa salahnya kalau petronas kurangkan harga minyak RM 0.20 keee tapi takde pertandingan Car Craze...Semua rakyat dapat rasa..ni tidak... dahla jual minyak gred C, pastu nak tarik ramai orang isi minyak petronas dengan peraduan mcm tu...aku bukan nak kondem petronas tetapi aku rasa terkilan ditipu buta2 dengan cara demikian.
Selama ni aku isi minyak petronas nak support produk Malaysia... tetapi setelah aku tahu aku terus betukar ke minyak @ Mobil/Esso dan sekarang ni sudah 7 bulan aku tak isi minyak petronas. dan aku dpat rasakan minyak tersebut lagi menjimatkan. .

kalau dah ada delete je..
aku stju bab mnyk kotor 2.sppu aku kje ngan slh satu vendor perodua,then drg ada krsus dgn foreigner,then ada 1 modul ialah kpntgn elektronik fuel filter.panel 2 demo pki 3 jnis petrol.kptsnye 2 petrol yg ktor & stuck kt filter.then bila tnya petrol ape 2 yg ktor & 1 yg bersih.nih dorg jwb " FILTER YG BRSIH 2 SHELL,YG KOTOR 2 PETRONAS & ESSO"huhuhuhuh. .
 
petua nk isi minyak spy minyak yg byk berbanding angin ..semasa nk pam minyak tu sentiasa tarik lepas picu pam tu...jgn tarik picu tu dan biar je minyak tu penuh...klu bt mcm ni angin je yg byk masuk....

tak paham...
 
dah lama x pekena minyak petronas.. skng duk gilir isi minyak BHP dan Shell
 
memang produk P hampeh,......dah try dan byk buat experiment......ESSO dan SHELL....pilihanku..
 
EMEL3

Sebenarnya semua warga Malaysia kena tipu dengan dasar
kenaikan harga minyak ni.. baru2 ni kenaikan harga minyak
sebanyak RM0.78. Tinggi tuuuuu. Mengapa kita perlu menaikkan
harga minyak setinggi tuuuuuuu....
Haaaaaa ini lah yang warga Malaysia tak tahu.... Sebenarnya
kita ni duduk je Malaysia ... tapi minyak yang kita cari gali di Trengganu & Sarawak tu, kita tak penah pakai pun...
Minyak yang kita gali tu ialah minyak Gred A... Diulangi Minyak Gred A.......semua minyak tersebut dijual keseluruhannya keluar negara... jadi Petronas telah beli pulak minyak gred C...
Diulang Gred C..... untuk digunakan di Malaysia dan diletak logo Petronas....

Dalam kajian oleh syarikat2 kereta yg BUKAN KERETA NASIONAL, bahawa minyak petronas ini adalah minyak paling kotor sekali maklumlah minyak gred C.
(Kawan saya yg mahir dlm bab pengendalian enjin kereta mengesahkan minyak Petronas terlalu banyak karbon dan tak elok utk enjin - ini fakta)
Minyak yang paling bersih adalah minyak Caltex @ Mobil/Esso
@ Shell. Mengapa minyak tersebut lebih bersih??? Sebab
minyak tersebut adalah dari gred B...
Inilah yg rakyat Malaysia tak tahu...kenaikan harga minyak disebabkan kenaikan harga minyak dunia yang dikawal oleh US yg mana setong hampir mencecah USD 130.00..
Semua orng tertanya-tanya mengapa kita negara pengeluar minyak kena mengikut harga minyak dunia kan . Itu lah antara sebab2 nye...

Bila terbaca ja thread ni, aku terpanggil utk membuat beberapa pembetulan yg aku rasa patut.

Dari dulu lagi & sampai sekarang aku guna minyak dr stesen P. Kenapa? Sebab aku rasa selesa and confident, lagipun aku
sendiri yg bekerja di loji pemerosesan minyak syarikat P ni.

Aku amat bersetuju dengan persoalan mengapa harga minyak (petrol/diesel) kita dipasaran perlu naik selari dgn harga minyak dunia, kan kita negara pengeluar minyak?
Itu hanya PM / kerajaan kita ja yg bleh jawab sebab itu diorang punya polisi.
Bagi aku sebagai seorang rakyat Malaysia memang amat tidak wajar polisi ini walau apapun matlamatnya sebab lebih banyak kesan negative dari positive kepada rakyat.

Tapi yg kelakarnya bila aku baca statement ni -->"minyak petronas ini adalah minyak paling kotor sekali maklumlah minyak gred C"
Haddoii... Itu la dulu orang suruh belajar sains bebetul taknak, asyik tido dalam kelas. Kan sekarang dah memalukan diri sendiri.
Kalu statement tu betul, maksudnya semua minyak (petrol/diesel) dari semua jenama tu kotor la,
sebab lori tangki tak kira la Esso ke, Shell ke, Caltex ke, BP ke datang amik minyak (petrol/diesel) kat tempat aku keja ni.

Ayat yg sebetulnya adalah MINYAK MENTAH (CRUDE) , bukannya MINYAK.
Apabila kita tapis MINYAK MENTAH ni, maka terhasillah petrol, diesel, kerosene dan sebagainya.
Dengan erti kata lain, final product tu sama ja, takde dah grade A, B atau C.
Cuma bezanya hanyalah ADDITIVES yg berlainan utk setiap jenama.

Memang betul MINYAK MENTAH kita gred A, sebab tu la kita jual kerana kalau kita proses, marjin keuntungan kita sikit ja.
Bayangkan kalu 1 tong mintak mentah dapat ditukar dgn 3 tong minyak mentah dari luar. Kan dah 3x untung tu. Itu la business strategy namanya.

Berkenaan isu kat pam stesen tu plak, kalu korang mengalami pengalaman yg sama ketika isi minyak atau selepas isi minyak,
aku nasihatkan korang buat official complaint kat mymesra.com. Kalu just discuss kat sini ja, rasanya masalah tu takkan selesai.
Dan aku percaya pihak yg berkenaan amat pentingkan kualiti servis mereka.

Pasal isu2 lain dalam artikel tu, tak perlu la aku terangkan.
Sebab tak semua orang akan paham dan takde makna pun untuk aku terangkan.
 
apa kata tukaq bn ke PR?Setuju?....tukar la dulu baru kita komplen..ala 54 tahun kono koncing bagi chance 5 tahun dulu...setuju???
 
Back
Top
Log in Register