BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Petani Rugi RM10,000 Kebun Sayur Musnah Dilanda Banjir

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,129
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,129
Reaction score
346
Points
141
447023a670acd84d6e3445c3dc0a078c6929821b81840

Mohd Saiful Azhan Abdullah memeriksa tanaman sayurannya yang musnah akibat banjir.

Seorang petani di Kampung Banggol Kapas di sini kerugian sehingga RM10,000 apabila lebih 5,000 pokok sayur-sayurannya musnah akibat banjir.

Mohd Saiful Azhan Abdullah, 35, berkata tanaman terung, kacang panjang dan timun di kebunnya yang seluas 0.4 hektar dinaiki air sehingga ke paras dada pagi tadi.

“Saya mula menanam dan membaja sayuran pada hujung Oktober lepas hingga awal bulan ini dan sepatutnya kini sudah boleh tuai hasil kecuali terung yang mengambil masa agak lama untuk berbuah," katanya ketika ditemui Bernama di kebunnya di Kampung Banggol Kapas, di sini hari ini.

Dia yang mengusahakan kebun itu secara sepenuh masa sejak lima tahun berkata ini merupakan kali kedua kebunnya dinaiki air selepas 2023 tetapi menurutnya air pada waktu itu hanya pada paras betis dan tidak memusnahkan keseluruhan tanaman.

Bagaimanapun dia bersyukur kerana sempat menyelamatkan kira-kira 100 kilogram (kg) kacang panjang yang telah matang semalam dan dapat dijual kepada pemborong hari ini.

Sementara itu di Kampung Banggol Katong yang terletak bersebelahan Kampung Banggol Kapas, seorang peniaga orang kurang upaya (OKU) tetap meneruskan operasi kedai runcitnya meskipun kawasan premis dan rumahnya dinaiki air sejak semalam.

Japri Mohd Naim, 58, berkata dia tetap meneruskan perniagaan bagi memudahkan penduduk kampung mendapatkan barangan keperluan dan makanan pada musim banjir.

“Apatah lagi hujan lebat sejak dua hingga tiga hari ini menyebabkan jalan keluar dari kampung dinaiki air serta tidak boleh dilalui kenderaan ringan, jadi kalau saya tutup kedai susah juga orang kampung hendak mendapatkan barangan keperluan,” katanya yang menguruskan kedai itu bersama isteri Siti Rohani Zainal, 56.

Japri yang lumpuh daripada paras pinggang hingga ke kaki akibat jatuh dari pokok rambutan 14 tahun lepas berkata dia selama ini beroleh hasil jualan sebanyak RM4,000 hingga RM5,000 sebulan namun perniagaan kedai runcitnya itu terjejas kira-kira 50 peratus akibat banjir kali ini.

 
Back
Top
Log in Register