BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Petanda dakwat merah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


PASIR GUDANG – Guru Tadika Permata Islamiah selama ini tidak menyedari nama mangsa bunuh dan bakar, Nurul Nadirah Abdullah, 5, bertulis menggunakan dakwat warna merah dalam buku pendaftaran.
Nor Shaima Aldam, 25, berkata, keselu*ruhan 19 kanak-kanak sesi petang ditulis dalam buku pendaftaran menggunakan pen berwarna biru, tetapi agak pelik nama mangsa, yang mesra dengan panggilan Dirang bertulis dengan dakwat merah.

Menurutnya, selepas mendapat perkhabaran kanak-kanak tadikanya hilang dan ditemui dibakar, dia membuat semakan untuk memastikan nama penuhnya dan terkejut kerana dalam banyak-banyak nama, hanya nama Dirang tertulis dengan dakwat merah.

“Selama ini kami tidak menyedari hanya nama Dirang ditulis menggunakan dakwat merah. Patutnya ditulis dengan dakwat biru seperti kanak-kanak lain.

“Ia seolah-olah menjadi petanda murid kesayangan kami itu akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Seorang lagi guru, Mariam Sarian, 47, berkata, Dirang seorang murid yang periang dan pintar walaupun baru berusia lima tahun sehingga keletahnya lebih menyerlah daripada murid yang setahun lebih tua daripadanya.

Menurutnya, walaupun orangnya kecil molek, tetapi suaranya paling kuat setiap kali sesi berselawat kerana hobinya memang cenderong pada perkara begitu.

“Dirang ke sekolah bersama abangnya, Mohamad Hafis, tetapi Dirang lebih dikenali di tadika kerana abangnya pendiam,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/petanda-dakwat-merah-1.32648
 
apa apa lah benda tu cam tu pon nak citer..tu kan kepercayaan budha yg cakap nama orang mata je pakai dakwat merah ..apalah tu pon nak bagitau..menda x penting..dan syirik mempercayainya
 
sudahla...yang pegi tetap pegi...redho je lah.. Alfatihah.
 
hok alohhh...
nk msok paper jgk cikgu tadika ni..
hmmm...
 
Back
Top
Log in Register