BTC USD 80,815.9 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Durian isi merah dijual RM560

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,808
Joined
Dec 18, 2007
Messages
29,808
Reaction score
352
Points
141
duriann.jpeg

Durio graveolens dilelong di Festival Feast of the Senses di Utara Queensland minggu lalu. - ABC Rural

CANBERRA – Sebiji buah durian yang mempunyai isi berwarna merah dijual pada harga AUD$200 (RM560) dalam satu acara lelongan di Australia, lapor Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) kelmarin.

Dikenali sebagai durio graveolens atau durian merah, buah itu dilelong di Festival Feast of the Senses di Innisfail, Queensland pada minggu lalu.

Walaupun ia tergolong dalam keluarga durian yang terkenal sebagai raja buah, isinya memiliki rasa berlainan berbanding durian biasa.

Presiden Kelab Cassowary Coast Rare Fruit, Gareth Hamilton-Foster berkata, sebilangan penggemar durian sanggup membayar harga mahal untuk menikmati perisa baharu dan unik.

“Durio graveolens menyamai saiz buah limau gedang. Ia berduri dan mempunyai pelbagai rasa seperti karamel hingga mentega kacang, manakala teksturnya seperti kastard,” kata Hamilton-Foster.

Beratus-ratus pengunjung hadir ke festival tersebut untuk merasai dan meraikan buah-buahan tropika yang unik di rantau tersebut.

Semua hasil lelongan akan disalurkan semula ke kelab dan digunakan untuk menyokong perniagaan serta petani tempatan. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register